sedarkah
bahawa dikelilingmu penuh dengan watak-watak
yang pelbagai
yang mampu mengubah emosimu
hatimu
lakumu
bagai patung kertas yang diukir indah
hidupmu bagai ditarikan tukang wayang kulit
yang menggerakkan tangan
kaki
dan tutur bicaramu
tapi sedarkah
yang dapat dizahirkan
hanya hitam putih
realiti kehidupanmu
di pentas wayang yang hanya hidup
bila cahaya dipasang
dimana sebenarnya arah hidupmu
kemana sebenarnya langkah tujumu
atau mahu bergantung saja
dan berserah
dan mahu terus-terus digerakkan pewayang kulit?
hanya kamu yang tahu itu!
cekya.::.131004
No comments:
Post a Comment