Saturday, October 30, 2004

it's been...hectic!

salam bloggy....

dah berapa hari,i have lost my passion to write.entahlah...tak ada mood sungguh even if i have thousands of ideas to put in here.messages kat doneeh.com pun cekya tak update.kat office,not much work tapi ada kerja yang perlu disettlekan...


*************

jiran cekya,uncle rahim,passed away on wednesday morning,leaving behind his wife,auntie radziah.they don't have any children together.arwah meninggal because of lung cancer.dengar cerita,he refused to go thru chimotherapy.sedih dan sebak cekya tengok auntie radziah@teh yah masa tu.cekya faham bila kehilangan orang yang disayang buat selama-lamanya...teringat masa arwah nenek meninggal.tak sakit,tak apa,the next morning masa nak kejutkan nenek solat subuh,cekya nampak mulut arwah berbuih.mintak ayah check...yeah,she's not around anymore.and nenek meninggal sehari selepas birthday cekya...

anyways,rabu lepas,i took half day emergency leave.dalam pukul 11 baru pi office.eventhough dah mandi,cekya masih terbau-bau kapur barus.dan rasa kehilangan nenek muncul semula..emm...

*************

hari ni cekya nak pi tabung haji,kuarkan my savings,nak belikan birthday present mak cekya.i wanted to buy her a watch tapi dia nak buku masak chef wan,ALL of them!hehehe....nantilah tengok macam mana.rasanya i'll just buy both.and then,i'm gonna buy my brothers baju raya.tengku mahkota wants an EIC shirt.yang adiknya tak tahu pulak.high taste betul adik-adik cekya..eisk!

i hope the shopping spree would distract me form stuff in mind that i've been dwelling with for the past few days.dah tak tahan rasanya.i'm worried,i'll get headaches just because of all the things in my head...it's just not worth it eh?

it's 6.47am,saturday mornin'...this is me...signing off!

Friday, October 29, 2004

pada yang sudi...

salam...

buat teman yang amat cekya sayangi...i hope you would understand,what i have inside my heart & my mind...sesungguhnya,cekya realise,who i am.so,tidak perulah lagi dipanjangkan cerita yang kita tahu,hanya suatu puisi pendek yang tak bernama...:(





moga kawan cekya faham.
wassalam...

Tuesday, October 26, 2004

yesterday = disaster!

salam...

semalam...hish!

cekya tak tahu nak describe macam mana.the most devastating day ever in my life!

paginya ok...tapi bila tiba petang,time to go home,something happen.had an argument with my friend.cekya tak pasti apa yang membuatkan cekya jadi gitu.keadaan emosi yang tak menentu.menyampah betul!anyways,i've made amends dengan orang tu.sorry la awak!

then bila sampai rumah,baru cekya perasan,i left my ring yang mak bagi at the office.menggelabah betul.i know boleh ambil today but rasa takut sangat cincin tu hilang so cekya ambil keputusan to rush to the office after solat maghrib.

tiba office,cekya amik cincin,and a few stuff yang tertinggal petang tadi,cekya start kereta and nak balik.kat simpang tepi office tu,kinda busy so i had to wat for cars dari sebelah kanan...cekya perasan yang kereta cekya TERkedepan sangat so i decided to reverse a bit.tiba-tiba...gedeguk!!cekya tak perasan yang ada kereta kat belakang and i accidentally hit it!!uwaaaa....macam nak nangis.cekya pun jalan ke depan and terus belok kiri....cekya nampak kereta tu slow down.tapi tetiba cekya nampak kat cermin tengah,mamat tu suruh jalan gak.so jalan la...stop kat traffic light,mamat tu turun and tengok kereta dia pastu pandangmacam nak telan kat cekya.cekya-being emotionally unstable,just stare ala blank kat dia.cekya turunkan cermin but he didn't say a word...sorrylah bang!:(

enough said...pastu,kat jalan kuching,jadik lagi satu incident.i was still panic dan terkejut dengan kejadian tadi,tiba-tiba ada motor hon,rupanya cekya tak on kan lampu!dalam panic tu,sterring terpusing ke kanan and gedeganggg!!!langgar divider...aduhh...and cekya kept tekan minyak and jalan gak coz kereta memang banyak at that time.cekya adjust sterring and jalan macam biasa.lepas tu...cekya start nangis!dah la kepala tak berapa betul,campur panic,campur terkejut...cekya rasa nak berhentikan kereta kat tepi and call sesiapa to pick me up!entahlah,rasa tak menentu sangat masa tu...

then i called my friend,dia temankan cekya berbual,sampai lah ke rumah.thanx yea awak!(lepas tu kemain kutuk lagi yea...nanti laaa!)...

pastu pagi ni,nasib tak baik tu ada lagi.my brother bagitahu yang i didn't take the car keys in.it was hanging kat pintu rumah sebab kunci kereta tu attach sekali dengan kunci rumah!

and masa nak pi kerja.my left leg,stepped on my right leg kat ibu jari tu dengan tumit kasut masa nak naik kereta!hish!macam-macam la...rasa geram sangat!apa benda la cekya nih.i just don't understand myself for the past few days.ada saja yang tak kena...

i guess these past few days are not mine!sedih betul.dah lah emotionally disturbed,ada pulak jadik benda-benda yang tak diingini...

gotta go guys..wassalam!

Monday, October 25, 2004

memories...

salam blog!

sabtu kelmarin,as i've wrote in my posting last week,managed to spend time dengan my collegemates dulu.we had a great laugh..masa cekya sibuk nak pilih comforter & cadar for raya,2 of them sibuk gelak-gelak,buat lawak bengong.hadui la...letih nak layan.usually,i'll be the one to be the clown tapi penyakit clown dah jangkit kat anak dara lagi 2 orang tu..eisk..rasa macam nak hantar balik jek...huhuhuhu....

pastu,masa jalan-jalan along the shops,one of them,aan,my best mate masa kat UK,hand me something.a piece of paper from our past.our days in UK...nak tengok?here it is...click on it;

::a letter written by yours truly::

i remembered,i didn't sleep for 2 days masa tu.memang letih sangat coz we had to rush for the final paper submission.masa baca kertas tu...rasa childish sangat masa tu.rasa sebak pun ada...it was the best years of my life-my studying years!i was speechless when she handed me the writings.so cekya mintak kat dia to scan and simpan.hehehe...she was happy to lend me that piece for memorable paper...

lepas balik dari buka puasa dengan my friends tu,cekya berbaring atas katil,terkebil-kebil,reminiscing the old times...;

the day i arrived kat heathrow;
the day we went out shopping to buy the necessaries;
the day we started classes;
the days we spend studying@sleeping in the library;
the days we moved about dari halls,to YMCA,to homestay;
the day when i missed my parents,my late grandma & my brothers;
the days when i get surprised calls from 'him' masa kat halls...

sedar tak sedar,it's been 5 years since i left UK.there were so many things have changed during that period of time.pahit manis hidup cekya selama 5 tahun kebelakangan ni was simple undescribable.terlalu banyak yang cekya dah tempuhi.

and some say that "pengalaman itu mematangkan"...cekya admit,it has made a big difference in ways i look at things.tapi,satu saja which spoil the whole maturity thing.i tend to cry.tanpa cekya sedari,cekya mudah tersentuh dan senang menangis...cekya pun pelik but it's the truth!

walau apa pun,cekya teramat bersyukur sebab cekya dapat mengalami sendiri cara kehidupan dan study kat tempat orang.and those memories is "tied nicely with a ribbon and kept warm" in my heart...

sampai sini dulu...till later guys!

wassalam...

a little something for a sweet young lady...

salam...

this goes for
zuril,the best little sis that i've got since blogging...;)
cekya buat nih untuk zuril...subuh gini,datang pulak idea untuk adik nih...



hope you'll like it!and thanx for the sms on PGL...hehehe...

wassalam

p/s : akak orang johor,tak pernah dengar pulak air katira.err...tapi tamau la tukor negeri...nanti balik raya,akak tanya mak long...huhuhu...;)

Sunday, October 24, 2004

pagi 10 ramadhan...

salam...

cekya baru je call kawan cekya.promised that i would call at 430am for sahur tapi i called at 520am.gini la dialog dia;

"nih semalam janji nak call pukul pat stengah ke,lima stengah???!!!"

huhuhu...it's not that i didn't call tapi lately line coverage cukup payah!2 malam kelmarin,i got only 1 bar for my signal.tatau la..maybe line-line telecommunications tu berpuasa dak?eisk...

and i also did chatted with my old schoolmate,syara..and this was it;

me (5:26:10 AM): salammmm
me (5:26:15 AM): selamat berpuasa babe
syara (5:28:26 AM): s***** sama sama la kite
me (5:28:43 AM): insya-Alllah,raya nanti dtg umah aku ya
syara (5:29:00 AM): sowie.. aku tgh wat exam ni (ade 24 hrs take home exam ni... kene submit by 12 noon ni)
me (5:29:01 AM): no alasan bz with class and so forth...
syara (5:29:08 AM): insyaAllah..
me (5:29:11 AM): oh okkk
me (5:29:14 AM): go ahead
syara (5:29:18 AM): thx
me (5:29:22 AM): good luck

mak aih...bestnya,exam dia buleh bawak balik!hehehe....kalaulah time SPM dulu boleh angkut papers balik rumah and do it within 24 hours...alamat best student in the world la cekya!heheh...then another old schoolmate,biah,messaged me in yahoo.we even discussed about the handphone lines-especially maxis yang tak berapa elok these 2-3 days.geram betul!

biah (5:30:52 AM): s*****...
me (5:30:56 AM): yeaaaaaaaa
biah (5:31:03 AM): burppp
biah (5:31:08 AM): :">
biah (5:31:08 AM): alhamdulillah
me (5:31:12 AM):#=o
me (5:31:31 AM): syara tgh buat exam tuh
biah (5:31:50 AM): yer ker
biah (5:31:53 AM): tengah exam kul 530?
me (5:32:01 AM): 24 hrs type of exam
me (5:32:07 AM): buleh bawak balik la exam dia
me (5:32:10 AM): bukan ke best
me (5:32:16 AM): kalau exam SPM dulu
me (5:32:23 AM): boleh bawak balik
biah (5:32:46 AM): sure ko dah 6 agregate 20As kan?
me (5:32:51 AM): mmg cambridge la aku
me (5:33:01 AM): yessszaaaahhhhhhhhhhhhh
me (5:33:06 AM): berkilat2 sijil
me (5:33:08 AM): :D
biah (5:33:11 AM): =))
me (5:33:14 AM): aku gantung semua
me (5:33:17 AM): kasik frame
me (5:33:22 AM): laminate mana yg patut
biah (5:33:26 AM): hahahhahha
biah (5:33:29 AM): adoih adoih
me (5:36:39 AM): ermm
me (5:36:46 AM): nak tanya
me (5:37:05 AM): do u hv difficulties calling other numbers?
me (5:37:08 AM): i mean hps?
biah (5:37:27 AM): with ma number?
biah (5:37:29 AM): so far takde
me (5:37:35 AM): ermm
me (5:37:37 AM): 2-3 mlm ni
biah (5:37:37 AM): tapi everytime aku cakap ngan si jasmin
biah (5:37:41 AM): every 15 minutes
me (5:37:42 AM): nak gayut payat benor
biah (5:37:43 AM): kena cut off
me (5:37:47 AM): payah
me (5:37:51 AM): his line apa?
biah (5:38:04 AM): his maxis
biah (5:38:05 AM): me digi
biah (5:38:07 AM): dunno whose
biah (5:38:09 AM): mine kot
me (5:38:20 AM): aku rasa maxis la
me (5:38:25 AM): asyik kena cut off
me (5:38:31 AM): and freaking hard to call out
biah (5:38:32 AM): yer ker
biah (5:38:36 AM): deng
me (5:39:07 AM): ermmm
me (5:39:11 AM): puasa le line maxis
me (5:39:12 AM): lemah jek
me (5:39:13 AM): :D
biah (5:39:15 AM): =))
me (5:39:16 AM): tak sahur agak eh
biah (5:39:19 AM): orang dah berbuka
biah (5:39:23 AM): takkan tak buka2
me (5:39:41 AM): hmmm atau mebbi masa tu tgh terawikh
me (5:39:43 AM): ;))
biah (5:39:48 AM): kul 12?
biah (5:39:55 AM): bidaah sungguh maxis
me (5:40:14 AM): hah
me (5:40:17 AM): qiamullail
me (5:40:19 AM): ;))
biah (5:40:42 AM): =))

alhamdulillah,pagi ni,started off with a 'ceria' note.dah pukul 6 ni.i'm off for subuh.so have a great sunday,guys!jangan notty...;)

wassalam...

Saturday, October 23, 2004

emm....

salam blog!

it's 5:36am,saturday morning.

i'm actually not in the mood for anything since yesterday.and i can't sleep last nite.it took me hours to get my eyes closed.pagi ni,payah nak bangun sahur!

masa tengah golek-golek tu,i wrote something.something that represents what i feel;

mengapa harus aku lalui
getar hati yang cukup meresahkan
merebah tubuh tidak menyenangkan
bersimpuh juga tidak membantu
apatah lagi untuk tegak berdiri
teramat pasti,fikiranku terganggu
banyak yang tidak terungkap
aku betul benci dengan rasa ini
bosan aku dengan keluh yang sarat
mungkin ia hanya mainan perasaan
lantas jiwa menjadi mangsa
cuma hati kecil berharap
segalanya berakhir
dan mengusir rasa tidak senang
ya Allah,padamu aku berserah
atas ketidaktentuan emosi ini
atas kelemahan akal yang terkadang
tidak bertepi...

i just can't understand myself sometimes.the fact that i let myself being dependant to certain people,and when the person's not around,i tend to get myself carried away.i truly hate it!urghhh!!!!

dah nak pukul 6 pagi.i guess i better get off and solat subuh.till later...

wassalam...


p/s : the buka puasa with colleagues went well.i'll post the pics on monday,insya-Allah!errr....i think about 'you' alot.why ah?arghh....lembik betul cekya nihhh!

Friday, October 22, 2004

salam...

i got this
test from robert's blog.there's no harm in taking the test....and these are my results;

DisorderRating
Paranoid:Low
Schizoid:Low
Schizotypal:Moderate
Antisocial:Low
Borderline:Low
Histrionic:High
Narcissistic:Moderate
Avoidant:High
Dependent:High
Obsessive-Compulsive:Moderate

-- Personality Disorder Test - Take It! --


it's 11:09pm.i'm truly bored!duh!

wassalam...

::he loves me,he loves me not::

salam blog!

tadi,i accidentally 'smashed' my dried rose.dah lama cekya simpan.cekya still ingat,i went to cameron highlands last year,and i gave seorang satu bunga ros.and one of them dried it and gave it back to me..sweet ek?rasa macam persahabatan tu kekal gitu..ntah la..cekya rasa sweet sangat...



and bila benda tuh berderai,cekya terus teringat kat kawan tu.dia dah resign.lama dah tak jumpa dia.i hope he's fine,with his wife and his little daughter,emira frida.

and usually,girls loves to pick the petals and decides whether her other half loves her or not...huhuhu...

tapi bunga cekya nih kering...as dried as what i feel inside.lately,macam itulah yang cekya rasa.kenapa ya?apa pun,cekya masih ada Allah untuk mengadu....

bila bercakap pasal ni,semalam masa nak ke one utama,cekya risau sangat if i will not park my car betul-betul.sebelum keluar rumah tu,cekya solat maghrib dan doa,permudahkan urusan cekya malam semalam.alhamdulillah...berdoa di bulan puasa ni hebat.insya-Allah dapat apa yang didoakan!cekya dapat tempat parking yang senang dan mudah untuk masuk dan keluar!hehehhe...kalut betul yea?

it's gonna be 5pm anytime now.cekya undur diri dulu untuk hari ini!

wassalam...

cold and calm friday!

salam blog!

hari ni-membosankan,as usual!

semalam,lepas solat maghrib,cekya jemput kawan cekya yang kemain beria nak naik kereta cekya.i picked her up at 8pm,and we went straight to one utama.it was raining,jalan licin sangat...payah jugak ek nak control sterring bila hujan.dah la cekya nih racer*prrpftphrrpftph*...hihihi

sampai aje,terus booking tiket untuk sabtu ni.gonna watch the terminal with 3 of my closest friends.then buka puasa sama-sama,insya-Allah!dah settlekan pasal tiket,we went to jaya jusco to find something for my niece,ira.pening jugak kepala nak belikan apa.last-last,we settled for baju for ira.i also bought another pair for ika coz i know,she'll insist to have something for her!

and as expected,sampai aje rumah diorang,i gave the box to ira and ika started to snatch the jusco's plastic bag!hahahah...seperti yang dijangka la kan.kawan cekya tu,tengok macam tak caya.hehehe...i told you juls!hehehe....

then masa nak balik,i announced,"ok...auntie *** nak balik dah...siapa nak ikut???!!!"
and ika grabbed my thighs.i asked her,"ika nak balik ikut auntie *** ke?".dia mengangguk and terus packing her things-botol with cold ribena(i saw her taking her bottle from the fridge),puting and her clothes.hahahahha...ibu dia terbeliak bijik mata.terus dia naik kereta.hahaha...then ibu dia kata oklah..esok kitorang datang jemput ika kat rumah.hahaha..there goes,a young girl,kidnapped!hahaha...

sampai rumah around 11pm,mak cekya menganga tengok cek adik tu.she was sleeping at that time.actually she slept half of the journey home.mak cekya baringkan on my bed and cekya pun get ready for bed..

before i went to sleep,called a friend.yes, mista,awak mengigau!hahahaha...macam-macam yang kawan cekya ni sebut dalam phone...and i also did provoked him.habeh la...

petang ni,cekya buka puasa di office.all the singles nak pi bazaar ramadhan area kg baru ni and bukak puasa sama-sama in the office...heheh..beshnya!!!

i guess that's about it...till later!daa!

wassalam...

p/s : a.s.y,kemain lagi awak ngigau malam semalam...baekkk punya!bila orang tanya pi terawkih ke tidak,awak jawab...."hmmm"....errr....cemana gaya jawapannya tu???pergi ke,tidak???*garu dagu japs!*

Thursday, October 21, 2004

gongfield!

salam...

today,i got a comic strip from garfield.com.memang cekya subscribe,and i'll get it every single day...but this one menarik perhatian cekya;



it looks like jim davis applied a traditional music instrument in his comic.tak salah cekya,gong ni alat muzik tradisi orang melayu,kan?

semalam,cek mek yang cekya paste gambar dia kat bawah nih datang.nak sangat potong cake,so ibu dia beli cake and datang rumah.so sama-sama la potong cake.kemain senyum simpul.sorry tak dapat nak snap her pic.digicam cekya tertinggal kat office!duh!

anyways,insya-Allah,malam ni nak pi one utama,wanna buy something for her.kalau sempat,hantar terus ke rumah dia.her house is just nearby ikea.

hari ni - boring lagi.there's not much work to do.geram jugak.rasa beku kepala nih.and the aircond is so damn cold!it's only 2.53pm.petang karang,nak singgah ampang park to buy few things-mak pesan...

that's about it!wassalam...

p/s : kenapa cekya rasa,macam ada kawan yang nak tinggalkan cekya...nak merantau...*sigh*

Wednesday, October 20, 2004

cold wednesday!

salam...

sejuk betul kat office ni!it's raining heavily kat luar tu.it's been a dreadfully boring day!and also,my niece's birthday...



happy birthday nur athirah waheeda!

tadi,cekya call dia;

ira : hello,ni siapa ni?
cekya : hello...ira ke tu?
ira : ini ira la...
cekya : ini auntie *** la...
ira : owhh...auntie ** kat mana tu?
cekya : kat office ni?
ira : auntie *** buat apa kat office?(she always,always ask me this whenever i call her)
cekya : kerja la..
ira : auntie ***,kenapa tak tanya happy birthday kat ira?(i was like...HuH????!!!pastu cekya dengan ibu dia menyampuk kat belakang - "bukan tanya la,cakap...".and she repeats her question again);
ira : auntie ***,kenapa tak cakap happy birthday kat ira?

and so,i wished her and she was claiming for her present.she said her ibu dah belikan cooking set yang barbie punya...alahai...betul punya tekan budak-budak sekarang yea!


i thought of going out tonite.wanna buy something for her.tapi tak sure lagilah...my car-ada aje orang nak guna...tak bagi nanti,cakap berlagak pulak!apalah nasib.ntah la.takmo comment banyak-banyak pasal kereta cekya.

wassalam...

p/s : rasa macam nak makan fillet-o-fish la!hmm.....

a touching story from japan...

salam semua...

cekya dapat cerita ni from email....read it....dah fikirkan....

This is a true story that happened in Japan.

In order to renovate the house, someone in Japan tears open the wall. Japanese houses normally have a hollow space between the wooden walls. When tearing down the walls, he found that there was a lizard stuck there because a nail from outside hammered into one of its feet. He sees this, feels pity, and at the same time curious, as when he checked the nail, it was nailed 10 years ago when the house was first built.

What happened?

The lizard has survived in such position for 10 years! In a dark wall partition for 10 years without moving, it is impossible and mind boggling. Then he wondered how this lizard survived for 10 years without moving a single step--since its foot was nailed!

So he stopped his work and observed the lizard, what it has been doing, and what and how it has been eating. Later, not knowing from where it came, appears another lizard, with food in its mouth.

Ahh! He was stunned and touched deeply. For the lizard that was stuck by nail, another lizard has been feeding it for the past 10 years...

Such love, such a beautiful love! Such love happened even with this tiny creature ... What can love do? It can do wonders! Love can do miracles! Imagine? it has been doing that untiringly for 10 long years, without giving up hope on its partner.

Imagine what a small creature can do that a creature blessed with a brilliant mind can't.
I was touched when I heard this story and started wondering about relationships between family members, friends, lovers, brothers, sisters.

As information and communication technology advances, our access to information becomes faster and faster. But the distance between human beings . . . is it getting closer as well?

I ask you...please never abandon your loved ones.

LOVE is a gift, take it, let it grow.
LOVE is a sign we should wear, let it show.
LOVE is an act, do it, let it go.

Tuesday, October 19, 2004

sedih mengenang dia!

salam...

for the past 2-3 days,ada seorang kawan cekya,she's been calling me at nite,in the office as well.she was in the same school masa cekya kat sri aman girls school,pj.we never knew each other personally but we know each other as sags' girls.dah kerja ni,barulah berkawan!it's kinda weird as we have never spoken a word masa sekolah...

anyways,she's been having a problem which makes her a different person,not being herself.she's barely taking her fasting meals.kesian cekya tengok dia.the main problem-a guy lied to her about his status,twice.and she's beeing blaming herself for being stupid coz she knows,she's smarter than that.i know that too!masalahnya di sini,bukan status yang menjadi persoalan tapi menipu!

kenapa?

why do people lie?tak faham sungguh cekya.if that person really cares for the other half,kenapa menipu.isn't it better to tell everything,the truth,right from the start?apa salahnya?what's with telling lies??and make other people's life upside down?

dan kenapa mahu melihat orang yang kita sayang,menangis sebab kita?cekya simpati betul dengan kawan cekya tu.sebolehnya kita menerima segala baik dan buruk sesuatu perhubungan tapi bila di tahap sampaikan tak peduli apa dan bagaimana perasaan 'kawan' kita,i guess we shouldn't be in the relationship.
we're not even qualified to even initiate the relationship.
we're just not worth the sacrifices!

bila ditipu,dia rasa terkilan,sedih,geram,marah...even rasa bodoh pun ada.i have no nice words to console her,coz i feel the same towards that guy.and at the same time,this friend of mine,said she loves him very much.tak pernah sayang orang sampai macam tu sekali....

well,well,well....

cinta tu memang kadangkala mengkaburkan mata untuk melihat apa yang ada di depan mata.and i can't blame her.kesian sangat kat dia...

kasih,sayang,cinta tu..is a sacred feeling.how could a human being just crashes the feelings that she has got,deep down inside her...*sigh*

apa yang boleh dibuat sekarang,is just dengar keluhan dia,dengar dia marah-marah,dengar segala rasa tak puas hati dia.that's all i can do for you mate!i hope you'll be better...

wassalam...

p/s : biah,kita pindah UK ndak??takyah ler susah-susah fikir pasal lelaki lagi...hehehe...where to?london,baby!huhuhuhu....;)

erm...

salam...

pagi ni,cekya ditemani lagu ni...



slow and nice...it's a lovely song,people!

wassalam

Monday, October 18, 2004

bubur oh bubur!

salam bloggy!

pejam celik,it's 4th Ramadhan.the weather's heating up and this makes my head hurts like nobody's business.bila dah pening,mula la angin menolak,rasa nak muntah especially during the weekends.pelik jugak dengan badan cekya nih coz a week before ni,cekya dok sakan puasa ganti!


bubur lambuk panas-just arrived!


anyways,hari ni,office cekya punya mariner club(kira sports club ler!)dok distribute bubur lambuk kampung baru.it's a yearly thingy so memang kitorang ternanti-nanti 'kehadiran' bubur lambuk nih atas meja kitorang.hehehhe....alhamdulillah,dapat la 2 bungkus per person.


nyum!nyum!the ever famous bubur lambuk kg baru!


but part yang tak bestnya,cekya nih tak berapa suka makan bubur!hahaha...kemain beria lagi tengok bubur lambuk.iyealah,perut tengah kosong,dah tentulah apa yang kita nampak,semuanya sedap....

to all,selamat berbuka.kalau lala-lala ke bazaar ramadhan,jangan beli ikut nafsu.control-control ler time membeli tu ye.buy what you really wanna eat and need!

take care people.and selamat berbuka puasa!

wassalam...

Friday, October 15, 2004

semalam...

salam blog…

semalam,cekya amik emergency leave.i don’t feel like going to the office.besides,cuti banyak lagi,so cekya ajak mak,my cousin and her 2 daughters pi wisma pkns shah alam to buy tudung for raya.
bought;
- 2 tudung,pink & turquoise
- 2 cds-aku no 1 & eiffel,i’m in love
- a baju kaftan

mom bought…err…a few plastic bags containing stuff that i cannot list them all here..banyak sangat!hehehe…and my cousin bought baju kurung for her daughters.comel sangat baju tu.kenit jek!hehehe…

dalam tengahari,we came back and had lunch,terus tengok cd aku no 1.actually cekya dah tengok cerita tu but my cousin,the kids and mom nak tengok,so bukak la sambil cekya melayan mata kat living room,depan tv.antara tidur dan tidak.entah la,maybe masih terasa dengan apa yang dah terjadi.tak apalah,cekya redha.it’s apart of life.cekya dah boleh tersenyum.cekya cepat marah dan cepat cool-off.

so kalau ada sesiapa yang rasa rimas dengan statement cekya kelmarin,i’m truly sorry sebab cekya rasa,blog ni sajalah tempat cekya mencurahkan rasa marah,gembira,tak puas hati dan segala macam rasa dalam hati dan fikiran cekya…

menulis dan meluahkan masalah are 2 different ways to release the bad feelings.tapi cekya lebih gemar menulis.it’s a good therapy!i guess that’s about it.nak surfing pulak.cari article yang elok dibuat bacaan.rasa macam malas nak kerja hari ni.staff depan cekya dah selamat ke alam mimpi@tido!relaxnya dia tido.sat lagi gm ke,md ke masuk…selamatttttttt…hehehe

sebelum cekya sign off,cekya nak ucapkan selamat berpuasa,selamat melakukan ‘ibadah,rebutlah peluang ni untuk menambah collection kat bahu belah kanan…hehehe….jaga diri bloggers!

wassalam…

p/s : petang ni nak carik kuih seri muka la.erkkk….beshnya!!

movie review - cinta luar biasa

salam...

first of all,i can't deny the beauty of its cinematography.
what makes it nice?langkawi!rashid sibir's photography angles are definitely one of the best,pada cekya la...so it's kinda precitable that the quality and the way scenes are taken are more or less the same as his past movies.so bila dipadankan dengan keindahan langkawi,memang tak terkata indahnya...

as for the storyline,it's about old collegemates,getting together after 10 full years,apek having the hearts for nasha,and at the same time syanie's having feelings for apek.while hans was nasha's old flame.i guess the storyline is simple.mudah difahami and i guess it's an on-going thing in the society where you got a college reunions,you meet your ex-schoolmates on the street.so it's pretty much a story that you might have heard before la..dialogues was very selamba by the actors/actresses cuma nasha.

she was really acting!she was alrite in laila isabella but i guess she was over doing it this time.rasa lemas bila dia asyik sebut "apa kes?"..alahai..letih betul!apek was hilarious!buat muka serious pun,nampak kelakar and also,kalau dia tenung cekya la rasa..malu la..sebab cekya nih tak suka kena tenung.tenung-tenung pun,he really looks funny.hahahha....syanie & hans,biasa saja.macam mana yang kita tengok they all berlakun sebelum ni,it's just that.tak ada lebih dan tak ada kurangnya!

i'll give this movie 3/5 sebab dah buat cekya gelak macam nak pengsan dengan kerenah apek!and he made me laugh when i was truly sad-at the time la...hehehe

go watch it guys!it's a light movie to ease up your tensed muscles!

Wednesday, October 13, 2004

ujianMu...

----- Original Message -----
From: xxxxx
Sent: Tuesday, October 12, 2004 9:42 AM
Subject: KENAPA AKU DIUJI???.....

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."-Surah Yusuf ayat 12

p/s : semoga cekya dapat petunjuk dari email nih.it's been in my mailbox for days tapi tak sempat nak baca...

...mungkin...

salam...

petang ni,hati cekya diselubungi sedih yang amat sangat.kenapa?bahagia yang hilang.gembira yang hilang.gelak ketawa cekya terhapus terus.hanya nampak mata yang merah dan airmata yang mengalir!semuanya silap cekya....terlalu bodoh menilai....

alhamdulillah,after solat dzuhur,cekya semakin tenang.buat pasal pulak,kat office,orang semua dok tengok muka cekya yang dah tak serupa orang....i'm truly hurt.and when i'm hurt,i look like err.....

"...ya Allah,mungkin aku tidak cukup beribadat padamu.mungkin aku sudah banyak mengumpul dosa sedari dulu,sejak aku faham tentang dosa pahala.aku lalai dalam serba serbi.inikah balasanMu ya Allah?jika inilah balasan dunia yang Engkau berikan,aku redha,ya Allah.aku terima ya Allah.bimbinglah aku untuk terus kuat.untuk jalan dilandasan yang betul.yang diredhaiMu,ya Allah.aku tak kuat....tak sekuat dulu..."

tak lama lagi nak bulan Ramadhan.tak sabar rasanya cekya nak beribadat lebih banyak.mungkin diri ni dah jauh terpesong.insya-Allah,cekya mahu perbaiki segalanya...memang cekya dah berazam nak perbaiki diri dan rasanya cekya semakin rindu pada Ramadhan!

to all readers,jaga diri dan rajin-rajinlah beristighfar,sesungguhnya beristighfar itu menghilangkan satu titik hitam di hati kita!

wassalam....

p/s : betapa pedihnya menahan sedih...

bukan cinta biasa = cinta luar biasa

salam bloggy!

petang semalam,hujan lebat sangat.niat nak keluar awal,beli tiket wayang,dan sampai rumah awal to pick up my blazer kat laundry,semuanya terbantut!tapi tak apalah..sejuk kalau hujan.best!hehehe...



anyways,cekya managed to get the tickets for the movie cinta luar biasa.yes,i do watch malay movies.nothing's wrong with it kan?ada officemate cekya cakap;

"sorrylah,i dont like malay movie,let alone watching it.."

aiseh...!tapi,yang bercakap tu orang melayu.hmm..sukatilah yea.it's up to every person,what's to like and not to like.sukati dialah...hehehe....

well,berbalik pada cerita nak gi tengok wayang tu,it's gonna be 5 of us,officemates cekya-all girls,single,ada yang available,ada yang tak berapa available.hehehe...the last time we went for movies was few months back,tengok cerita mean girls,starring lindsay lohan.lama jugak la tak outting with my colleagues.kalau pegi pun,berdua or bertiga.tak semua yang join...

anyways,i'll write about the movie in my next posting,IF,the movie would be worth watching or mentioning.hehehe...

take care guys!
wassalam...

hidup bagai wayang



sedarkah
bahawa dikelilingmu penuh dengan watak-watak
yang pelbagai
yang mampu mengubah emosimu
hatimu
lakumu

bagai patung kertas yang diukir indah
hidupmu bagai ditarikan tukang wayang kulit
yang menggerakkan tangan
kaki
dan tutur bicaramu

tapi sedarkah
yang dapat dizahirkan
hanya hitam putih
realiti kehidupanmu
di pentas wayang yang hanya hidup
bila cahaya dipasang

dimana sebenarnya arah hidupmu
kemana sebenarnya langkah tujumu
atau mahu bergantung saja
dan berserah
dan mahu terus-terus digerakkan pewayang kulit?

hanya kamu yang tahu itu!


cekya.::.131004

.:.new layout.:.

salam...

...a new look.i lost my template dulu.entah kenapa bijak sangat sampaikan terdelete.i'm just not sure what had happened to me yesterday...

p/s : ada orang tak berapa suka design nih...aler...cakap la sukaaa....plissssssssssssss....hahahha

Monday, October 11, 2004

kenangan semalam...

salam bloggy!

pagi ni,liat sungguh cekya nak bangun tido.hehehe...

i had a full weekend.


saturday - cekya temankan mak,my cousin and her 2 daughters pi sungai buloh,shopping pokok bunga and other related stuff.jalan becak sangat area tu coz it rained the night before.my niece,ika,was 'pleading' to me untuk dukung dia.adui la!!
petang sikit,relax aje kat rumah coz sunday,nak balik muar...

sunday - bertolak dari rumah at about 845am.sampai muar at about 11am.seronok bila kumpul ramai-ramai.and i get to tease my cousins.huhuhuhu...and i had to break this news.cekya dah ada cucu sedara...uwaaaaa...one of my cousins dah ada cucu.adui la...'nenek' dia nih pun belum ada boyfriend,dia dah lahir...ceh!


pastu masa balik,dah nak dekat sampai rumah,we passed by rumah neighbour belakang rumah cekya.i saw one red wira,modified like nobody's business,siap dengan spoiler setinggi langit*i'm good at exaggerating*...bila cekya jeling-jeling kat driver dia,ternampak le muka yang pernah menjadi 'peneman' cekya suatu waktu dahulu...

ceritanya gini,masa cekya muda-muda dulu,when i was in seconday school,memang cekya suka memerap dalam bilik dan tingkap bilik cekya facing belakang rumah neighbour belakang tu.and kadang-kadang bila lewat malam,ada sorang budak lelaki,i guess baya cekya,maybe older,akan duduk kat tembok rumah tu,sambil menyanyi dan berbual dengan mak dia yang tengah memasak kat dapur...

one day,dia nampak cekya and we started talking.berbual,pasal macam-macam.cekya lepak tepi tingkap,dia duduk goyang kaki kat tembok.memang seronok.not every day but he'll be there whenever i need to talk.walaupun the conversations were not the serious ones,hanya borak-borak kosong,but i look forward to see him...

ada at one time,dia hilang..lama..dan dia dah tak lepak goyang kaki kat tembok rumah dia lagi.pelik jugak and i feel lost.rasa macam hilang kawan.sekali one day,cekya tengah duduk kat meja study,cekya nampak dia.he was climbing up the walls and senyum je kat cekya.dia cakap,lepas nih,maybe dia tak dapat nak berbual lagi dengan cekya.dia cuma lambai aje kat cekya,dia turun tembok and that was the last time i saw him,until petang semalam...

so malam semalam,cekya asyik tengok rumah dia.rasa gelihati pun ada,berbual tepi tembok,cekya pulak tepi tingkap.cekya rasa,each and every one of us ada cerita-cerita masa kecik macam cekya,kan?tak tahu lah,lately,there are so many things from my past,muncul semula...

dan cekya rasa happy coz my memories,good or bad have made me wanna smile again.

oh yea...semalam,cekya berlawan sms dengan a friend of mine.that person does not like the idea of my aunt being in UK and married a british guy.and dia menentang sangat-sangat when i said that i wanna make a new living there in UK...here's the conversation;

+017656****
A'kum buat apa tu?Sihat tak?

+012291****
W'salam.Siapa ni?

+017656****
Shaff ni.buat apa tu?

+012291****
On my way back from muar.Went 2 my mak long's hse.ada tahlil arwah n kenduri sambut bulan puasa.How r u?

+017656****
Ok.Normal.U lak.

+012291****
Alhamdulillah i'm alrite.What did u do during d weekends?

+017656****
Rilex.Think about u.Ur auntie.

+012291****
Hmm me & my auntie tak ada relation dgn u.And u dont even know us.Hehehe why r u so interested?Siap think about us tu!

+017656****
Anak melayu hilang.

+012291****
I masih ada.Dan i doa untuk dia balik.Jgn terlalu bimbangkan anak melayu yg hilang.Yg perlu usahakan adalah akhlak anak melayu yg semakin buruk.

lepas tu,dia terus senyap and didn't reply my sms sampai pagi ni.entahlah.kadang-kadang,i'm worried about this person.dia begitu beria-ia nak tahu nama my auntie and her hubby.nak seru supaya anak melayu nan seorang tu balik ke tanahair agaknya!

cekya tak pernah menentang untuk auntie cekya to go to UK and menggalak pun tidak.it is up to her to make her own decision and handle her own life.before she went to UK,i did pujuk her to stay but still,dia nak jugak.if she'll be happy,why not?sekarang pun cekya nampak dia dah happy with david.so untuk apa cekya pujuk dia to come back.entah lah...

kalau dipandang dari soal melayu dan sebagainya,i guess it's better for her to stay tapi,dari apa yang dia dah lalui here in malaysia since she was small,i guess it's better for her to start anew.sejak umur baru 2 hari,dia ditinggalkan di hospital by her own mother.kalau dah ditakdirkan Allah,her life will improve if she stays in UK,then let it be.as at today,i'm happy for her...

kadangkala,manusia hanya menghakimi kehidupan manusia lain tanpa mahu mengetahui apa yang telah berlaku pada masa lalu!

wassalam...

p/s : ada orang tu,tengok bawang,terus teringatkan cekya.peliknya.muka cekya macam bawak ke?mungkin tidak!hahahaha....

Friday, October 08, 2004

am i happy now?

.::.tuna macaroni.::.

salam again...

i'm not a fan of tuna.kurang suka tapi a few months back masa acara jalan-jalan cari pasal with my colleagues kat taman botani,putrajaya,a colleague bawak macaroni tuna.hmm...sedap betul,so cekya pun mintak resepi.sakan lupa aje kawan cekya tu.baru hari ni dapat and i wanna share it with all of you.try la,mana tahu,kena dengan selera...;)



5oomg Macaroni - boil it in super duper hot water!hehehe....;)
2 tins of tuna – chunks in oil or water,toskan,and hancur-hancurkan evenly
3-4 spoons of black pepper
mxed vegetable
2 labu bawang besar – potong dadu
1 tin cream soup of mushroom
herbs – rosemary,thyme,oregano
2-3 keping cheese - yang selalu bubuh kat burger tu!

first,panaskan minyak.tumis bawang,sampai kuning.then masukkan tuna.bila dah naik bau,masukkan black pepper and mixed vegetables.

and then,masukkan cream of mushroom soup.stir it nicely.masukkan garam.bila dah everything dah sebati and rasa pun dah ok,tak payah nak 'edjas',masukkan macaroni.kacaukan sehingga rata.

lepas tu,taburkan herbs – rosemary,thyme,oregano.bila dah sebati,dah rasa dan dah ok,masukkan dalam bekas.letakkan cheese keeping. on top of the macaroni.let it melt.and gaulkan nicely.*eisk...kecurnya air liur!huhuhu....*

nak try?silalah print page cekya ni.hehehe...;)

ada apa dengan PGL?

salam....

no,bukan PGL-puteri gunung ledang.semalam,cekya puasa,tapi rasanya puasa cekya tu,kira hangus.sebab apa?sebabnya - PGL(palang gantung langsir)!pagi ni pun,cekya punya status kat YM;

if(skruPalangLangsir="tercabut"){amikGerudi.tenyeh(pasangBalik)}
else{telefonKontrekter(maki)} ;


eisk marah punya pasal.ceritanya gini;

rumah cekya buat renovation.dah nak dekat 4 months,masih ada yang tak siap.apa yang tak siap?frankly,i don't know!and to make things worst,ceiling yang dok bocor dulu,dah bocor balik at certain places.ada 2 spots yang bocor and will surely keluar air kalau hujan lebat.kata dah repair,but still,air hujan masih masuk rumah.geramnya tak terkata...

and ada satu benda yang memang dah nak dekat sebulan diorang tak settlekan.palang langsir bilik cekya.yang bilik lain dah dipasang,cuma bilik cekya aje.just imagine,macam mana su nak pakai baju dan bersantai dalam bilik??bukannya payah sangat,just tebuk lubang and sangkut holder palang tu...last week,they manage to do it.sudah lah longgar,senget pulak!cekya masih lagi bersabar.tak nak lah berkira,nanti marah pulak mak.

then petang semalam,ingat nak pasang langsir,15 minutes sebelum berbuka tu.cekya pun beria-ia pasang,and bila cekya sangkut je palang langsir tuh,holder sebelah kanan jatuh terhempas!paku tempat sangkut pun terkeluar.and to my surprise,lubang yang ditebuk besar syiling 10sen!pakunya kecik!yang holder sebelah kiri pulak,terteleng ke kanan...eisk!!

i know the technic pasang paku kat dinding,kena stuff sejenis kertas keras macam kayu,then baru grind in the paku.but the hole was so damn big!panas betul hati masa tu.bila cekya tengok lantai,nak ambil balik holder yg terjatuh tu,hujung dia patah sebab terhempas!aduiiii.....bertambah terbakar la hati ni.syaitan sure melonjak-lonjak sebab berjaya menaikkan nafsu amarah cekya...

marah + frust = menangis!

cekya memang kaki nangis.sedih,frust,gembira,terharu,cekya akan nangis.dah yang menambahkan sebak,ada la pulak kawan cekya call,nak tanya persiapan berbuka.hmm...berbuka dengan palang langsir le...

pagi ni,cekya call kawan tu,say sorry sebab hal petang semalam.cekya macam marah cum nangis cum ngadu kat dia...dia pun terdiam.pagi ni,dia ketawa sambil cakap "oww...macam tu awak marah yea?"sambil ketawa-ketawakan cekya.eh'eh dia ni...tumbuk hidung kang!

lepas je buka puasa,cekya mandi dan solat.lepas solat,terus tido.sudah le puasa semalam meletihkan,tak tahu kenapa la..ditambah pulak dengan mood yang tak berapa baik,cekya memilih jalan selamat,to bury myself under the covers..

itu sajalah sessi luah perasaan.esok masih belum ada apa-apa plan.cuma ahad,cekya and family balik muar,mak long cekya buat tahlil arwah dan jugak majlis sambut bulan puasa...dah terbayangkan nasi beriani gam!uhh...beshnya!

that's all for today...till later friends!
wassalam...

p/s : ini off topic sket...lawa ek maya karin nih>>>>>














Thursday, October 07, 2004

no appropriate title....

salam bloggy!

came in late this morning.lately,makin teruk kedatangan cekya.asyik lewat aje.tak boleh jadik ni.gotta set my alarm 1/2 hour early.agaknya letih kot malam semalam.lepas balik office,i did the house chores sebab my mom's in jb,ikut ayah cekya pi kerja.lepas maghrib,terus ke bangunan ibm in ttdi,jemput my closest friend since college untuk merasmikan kereta baru!huhuhu....tetiba pulak berani yea?actually malam isnin lepas,cekya test drive area rumah cekya.the next morning,i decided to drive to the office.bila lagi nak beranikan diri.alhamdulillah,selamat pergi dan selamat balik!hahahah....

anyways,berbalik pada cerita malam semalam,mula ingat,cekya nak pi ikea,to buy the curtain i've been eyeing for since the last time i went there.tetiba petang semalam,mak cekya call,she said she have already bought a curtain for me kat jb.alahai...putus harapan nak beli curtain idaman.tak apalah...

so i decided to send my friend straight home,kat shah alam.before that makan dulu kat area glenmarie.the food was nice.kawan cekya kata nama kedai tu kedai 555.hehehe..tak sure pulak sebab perut dah lapar,masuk kedai,order,makan,blah....huhuhu

2-3 hari ni,cekya kemaruk.bukan bercinta.tapi kemaruk nokia 7200!uwaaaaa....entah kenapa,terpikat sangat dengan nokia 7200 limited edition nih.nak beli,tarak duit.boleh tengok ajelah.lagipun dah berazam,tak nak tukar handphone lagi.tapi...arghhh!!tension gue!

i guess that's about it.i'm just waiting for the right time untuk travel and take more pictures-2 things that i have always wanted to do....
take care friends!
wassalam...

p/s : rasa-rasa kalau mintak kat kawan cekya yang cekya cerita kuat merajuk tu,dia tumbuk perut cekya tak?hahahahha.... jangan marah yea gunung meletop!

Monday, October 04, 2004

a sunny evening!!

salam bloggy....

it's approximately 6:04pm kat my pc's system clock.still here in the office.today was a spring cleaning day for me.i sort out my documents on the table.banyaknya lagi yang tak filing!aduhaiiii....

no wonder people hate mondays!even this fat lazy orange furred cat hates the day...and believe it or not,garfield's the same age as i am...and everybody who were born in 1978!pagi ni,i wasn't feeling very well.rasa tak sedap badan since saturday tapi buat tak tahu aje.but last nite,it got worst.i have difficulty in breathing and badan rasa lemah sangat.pagi ni pulak,ada something happen pulak at home and it just ruined my mood for the entire day.cekya kalau sakit,jangan la nak buat cekya meradang...memang geramm ajelah...

and things got even worst when i accidently marah a friend.tengah marah,and i received an email from him stating something that i wouldn't wanna discuss about.lagi la marah...but i cool off..tak patut rasanya marah dia.kecian kawan cekya tu...dah merajuk-merajuk takmo kawan dengan cekya lagik...tu la..sapa suruh sebut pasa benda-benda macam tu??hehehe....

tapi bila cekya merajuk,tak bagik pulak.nak tumbuk perut cekya lagi ada!eisk...apo la punya kawan...

anyways,kept myself busy buat spring cleaning on my desk sambil entertain kawan cekya merajuk tuh berborak*yes,it takes me the whole day to pujuk...adeh...i suggested that if he falls in love,he has to address his girlfriend as abang and he,being the 'sayang'...sakan beno merajuknye tu...ceh!!*,i managed to clean up everything.

besides cleaning up,i'm actually looking for my anuar zain's first cd!tak jumpa...rasa macam nak nangis...i'll just ask around lah..i don't remember pinjamkan my cd to anyone.ya Allah,just let me found my cd back...

till tomorrow! wassalam...

p/s : my plans for sunday to watch movie,pi take pics and survey digicam was cancelled!ikut mak cekya pi beli kain untuk buat baju raya for my brothers.and guess what?their sis bought another pair-so please,jangan ajak cekya po kedai kain lagi..beli kasut,ok!hahahahha...;)

Friday, October 01, 2004

senyum!

salam...

siapa dua orang yang kat bawah ni?they share the same smile...cek abang tu,i guess semua orang tahu...hehehe...abang nuar cekya!


yang awek cun sebelah tu....jeng jeng jenggggg....mak cekya!huhuhu...baru perasan yang cara both of them smile tu sama..
and i dedicate this song to my mom....sang by my comey anuar zain!;)



Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarklah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu

Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

semua untukmu .::. anuar zain

ermm...thanx for everything mom!
wassalam...


p/s : this song is also for a friend-a.s.y...;)