Friday, January 28, 2005

ermm....laut!

salam...

4th entry for the day!!! apa la nak jadik dengan cekya nih...dah pukul 7:31pm. i'm still @ the office. tak jadik nak pi tengok kebaya kat klcc. esok pagi, around 9am, me and family will go to pd. alahai, pd lagi....well actually i have plans for the weekends tapi bila mak cekya sebut nak pi pd...lemah seluruh tubuh badan. bukan tamau pi but i was looking forward untuk esok-29th. i have arranged to meet somebody tapi nampaknya kena cancel! lagipun, kawan cekya tu pun kena kerja coz pindah office and all. rasa tak best sangat. conclusion - both of us couldn't make it. duh!

i guess you would know the feeling of wanting for something to happen, and planned it well, tinggal tunggu hari but last minute, BAM! there goes...:(

cekya dah mula hilang mood dah ni! kerja pun satu haper tak buat. well actually cekya buat normal routine, tapi i didn't even touch my web project. bila boss tanya, i replied,"malas ah cek man..."...huhuhu...bagusnyer la,kan?

owh why am i feeling so down when everything's fine. agaknya pasal sms semalam...:(duh!

gotta go...have a great weekend guys!wassalam...

pernah tak..again!

pernah tak korang rasa mahukan seseorang yang setia mendengar segala pengaduan korang, walaupun aduan tu cuma sebab jari korang tersepit pintu kereta?

pernah tak korang nak kenal seseorang yang boleh dibawa bercerita tanpa jemu, walaupun jarum jam dah cecah 5 pagi?

pernah tak korang terasa macam nak kenal seseorang yang boleh melayan celoteh korang yang berjela-jela tak ingat nak berenti tu?

pernah tak korang nak someone yang boleh dibawa berbual panjang & lama, dan still lagi nak cakap dengan orang tu keesokan harinya?

pernah tak korang teringin untuk jumpa seseorang untuk bercakap tentang apa saja yang terlintas di fikiran korang?

pernah tak korang nak orang tu hidup dengan korang supaya dia boleh temankan korang berbual sambil pegangkan tongkat korang masa korang tengah adjust gigi palsu ?

cekya pernah.

you said, you wanna let go...

salam...

mata cekya pedih pagi ni. i'm sleepy. tidor lewat. lepas office semalam, member cekya called, ajak minum @ klcc. so off we went. tak ada apa sangat, cuma minum-minum and snapped some photos. best jugak! we took pictures of in and outside klcc, and tower 2, petronas. and as usual, camera cekya tak mampu nak snap gambar waktu malam. even dah try adjust balancing b&w pun, masih sama! then, we wanted to see the kebaya galore @ galeri petronas tapi dah tutup. i might be going there petang karang!hehehe... anyways, cekya tiba rumah around 10, washed myself and i got this sms;

-----s***-----
Thank 2 GOD, 2day
s*** dpt baca ur blog n
i know that u a ok after
semua ini. Maaf atas
segalanya, yg baik itu
dari DIA, yg buruk itu
dari saya.

Sender:
s***
+6019*******


ermm...memang betul, cekya tulis tentang apa yang cekya rasa, how i SHOULD feel dan what i've been trying to do since raya haji was collecting myself and teaching myself on how i SHOULD feel about things, no matter what. memang, nampak semua ok tapi hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati cekya. i'm alone and facing everything all by myself. ketawa, tak bermakna cekya tak menangis. tersenyum, tak bermakna cekya happy.

what do you expect me to do? cry? bersedih? cekya dah penat. i'm tired of being a nuisance to anybody. i don't wanna create chaos to a friend's life. if i'm better off, then be it! kalau rasa cekya dah tak diperlukan, you can just buzz me off, or i'll just have my way and be distance to you, as far as possible. kalau cekya ni tak layak digelar kawan, then be it. cekya dah letih merayu, terhegeh-hegeh, terkial-kial, demi mendapat tempat di hati seorang sahabat. just to be another buddy in his circle of friends. teruk sangat ke cekya ni?:(

betul. cekya ada kesilapan sendiri. cekya akui. so, i guess you're better off without me. i'm not miss perfect. nobody is. the fact that you won't accept people's being but wanting people to accept you as you is ridiculous. mahu atau tidak, cekya perlu bangkit dengan sendiri. cekya minta sangat, janganlah buat andaian yang bukan-bukan sedang dia sendiri tak tahu apa yang berlaku selepas malam itu. malam aidiladha.

dan dia juga mahu cekya lontarkan kenangan bersama. oh please. you've thrown me away first, on that nite, from your life. cekya korban rasa sayang seorang sahabat. agar dia tak perlu pening-pening lagi dalam menghadapi life if i'm in it. agar tidak ada apa yang perlu difikirkan selain keluarga, kerja, dan juga kesihatan dia yang terjejas akhir-akhir ini. cekya doakan dia cepat sembuh.

i know where i stand in your life - no where.

well...apa yang cekya tulis kat atas ni is a lenghty version of the sms we sent each other ofter the inital one from him. maaf, kalau dia tersinggung lagi tatkala membaca apa yang yang cekya tulis kat sini. cekya rasa, tak perlu cekya berada dalam life dia lagi. i don't wanna be a burden to you anymore. dan cekya takkan ganggu lagi ketenangan hidup dia. insya-Allah. berikan cekya kekuatan ya Allah!

wassalam...

Senyum Seorang Perempuan Itu

senyum seorang perempuan itu
terlindung kocak hatinya
mampu melirik bibir
tika hatinya pedih

senyum seorang perempuan itu
persis topeng indah
yang tercoret emosi
biar terbuku seribu cerita gundah

senyum seorang perempuan itu
walau semanis mana
benarnya masih payah
tuk menyimpul senyum seorang perempuan
cekya
7:28pm
270105

Thursday, January 27, 2005

lavish MPH day!

salam...

woweeeeeee...........yesterday was nice. as expected, FULL of laughter!hehehe...picked cek zia @ tmn paramount lrt station @ about 10 something. kemain tinggi adik kita nih. huhuhu...went to one utama and watched this movie;


one word >>> HILARIOUS!!!

jenuh ketawa, start dari mula sampai last. i guess it was worth the wait. i've been waiting for this edition of bridget's diary since last year. since i first saw its trailer on the net...huhuhu...go watch it fellas! girls especially...;)

then, we went to our favourite spot. cek zia tak sabo-sabo nak pi MPH. so we went there and i found a few interesteing book. rasa nak duduk jek and baca!


this hard covered book will cost you a hefty rm300!

buku ni, tentang puteri-puteri melayu. i had a flip-thru. best buku ni, salasilah, the dresses and costumes that they wear, accesories, their contribution to the country and the government tempat asal diorang. ada sesiapa nak hadiahkan cekya?hikhikhik...;)


yang ni, not so expensive...:D

and also, i found this book on photography which is in my next buying list. insya-Allah, next month. it's simple to understand, even teaches you how to play with your pictures in the photoshop. brilliant, eh?


i'll be spending my nites in bed with them!:p

i bought 2 books, hanya kerana cinta-norhayati berahim and river deep-rowan coleman. malam semalam dah start baca river deep. besh! it's a british community punya cerita so memang in my favour la kan..hikhikhik...

anyways, i had a good time yesterday. no traffic, no problems getting parking and i get to meet cek zia. hehehe....till we meet again sis...;)

later guys!daaa...wassalam!

p/s : we saw this something, looks like a yacht, docking! take a look. it costs
rm1499!wuhuuuu!

Tuesday, January 25, 2005

more than anything else!

i'm just so sad
i want u so bad
if i could turn back time
and search for u

when i know that i want you
when i know that we could be good together
i would be looking for you
high and low

i would do anything
i mean anything
to have you with me
before, now, and always...

cekya
7:51pm
250105

esok...

salam...

i'll be on leave tomorrow...ada plan jalan-jalan carik pasal with zuril. hehehe....amik cuti semata-mata nak jumpa cek adek sorang ni.

emm...a day off, in a middle of the week-it's just one of my favourite things...;)

take care guys!wassalam...

aku perlukanmu!

salam...dayang never fail me.ever!sama macam abg nuar.huhuhu...

bought her latest CD, Dayang Sayang Kamu. it was full of my kinda song-tunes that would always caught my attention.

actually cekya temankan member beli kasut kat mid valley last sunday. cerewetnya, alahaiiii!!! nasib baik la kawan...we went to jusco, ada yang berkenan but there's none in her size. disappointed, so carik kedai lain.well, all of the shoes are never the same compared to kasut yang ada reben tuh. eisk!

so off we went to jusco one utama. at last, ada kasut tu and ada size. i truly need the luck coz kaki dah sakit. alhamdulillah, jumpa juga dengan kasut reben idaman hati, with her size. kawan cekya nan seorang tu memang choosy. letih kalau pi shopping dengan dia. she'll drag me from one lot to another. hehehe..nak buat cemana, nama pun kawan...;)

anyways, dayang's great. buy her album. it's just worth it!daa guys!

wassalam!

Monday, January 24, 2005

everything's up!

evening people!

i've updated the story, and also my fotopage. seksanya! network kat pc cekya nih buat hal. yang geram tu, kat tempat lain, kemain laju jek connections dia.

tadi cekya dapat sms dari adik, he's gonna be late, so kenalah stay in the office or kuar jalan-jalan which is definitely not an option. maybe i would just go and settle my bills.tengokla macam mana..

till later!daaaa!

~renungan terakhir~


Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi

Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir
Dan tak usah, kita kesali
Atas apa yang terjadi

Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa

Untuk itu maafkanku
Kiranya mengganggu ketenangan
Dalam hidup mu
Yang tak perlu kehadiranku

Dugaan...
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlaku
Mengapa begitu
Berubah layu

Aku menerima
Salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impianku kan berlalu dengan mu

korban?

salam...

wah...ada jugak yang ziarah blog cekya even if it's a long holiday weekend yek. thanx so much. hari ni, macam biasa, monday blues. malas sungguh nak kerja and the network is giving problems like once in 5 seconds!huh....

anyway, i had a good raya korban. amazing yet a tiring trip. we went there around 12pm, friday. freakin' hot! dah la naik kereta cousin cekya, perdana kaler hitam, lagilah membara! ira pulak tidur kat pangku cekya and my kurung was wet masa sampai muar. dia punya peluh la!aduhaiiiii....

we had lunch and straight to jb. stayed overnight and we went to the family gathering, somewhere in majidee. it was fun for all of them but not me. cekya sakit perut. asyik berulang pi toilet masa gathering tu. terus takde mood. but i managed to snap some pics though there were basically the same. pics of my relatives mingling and some, trying too hard to get people's attention. geleng kepala ajelah cekya.

and out of the trip, i have freed myself from something that's dragging my life for the past 4 months. duduk dalam kereta berjam-jam membuatkan cekya berfikir. alhamdulillah, cekya dah tak rasa terikat or terfikir sangat tentang perkara yang bukan-bukan. cekya rasa dah tak perlu rasa bersalah pada benda-benda yang tak sepatutnya. cekya sedar, kadang-kadang, kita tak boleh paksa orang terima kita seadanya. kadang-kadang, benda besar, adalah benda kecil pada orang lain. like wise. i feel so refresh and regaining my strength. cekya harap, perkara atau orang perseorangan(adui la skemanya aku...kalah KT!) yang terlibat dalam cerita mengarut cekya selama 4 bulan tu, akan lega dengan tamatnya segala konfrontasi yang menyebabkan huru-hara dalam life dia semata-mata mempunya kawan bernama cekya. cekya korbankan rasa sayang seorang sahabat and let go of matters. cekya dah tak sanggup duduk dan terus telan rasa pahitnya bersahabat. i should be happy with my friends. not cry. and surprisingly, cekya dah tak ingat lagi tentang 4 bulan tu soon as i wake up that morning though my migraine's still intact. alhamdulillah....:) maybe pembalasan atas dosa-dosa cekya pada sahabat cekya tu.

i guess, that's about it. i'll be working late today.
take care guys! wassalam...

Thursday, January 20, 2005

pernah tak?

hmm...

pernah tak, bila korang jumpa someone for the first time, korang terus rasa semacam?

pernah tak, bila korang diri depan dia, korang tenung mata dia, and korang terus suka mata dia yang kaler coklat gelap tu?

pernah tak, bila dah tenung mata dia, mata korang tak berkelip, sama macam mata dia?

pernah tak, bila korang senyum kat dia, dan dia senyum balik, korang rasa it's just the both of you kat tempat tu?

pernah tak, bila korang jalan sebelah dia, terlanggar bahu, rasa macam ada elektrik and korang terus pandang satu sama lain?

pernah tak, korang rasa susah nak lepaskan dia time nak balik, padahal badan dan menghala ke arah tujuan masing-masing?

pernah tak korang rasa sebak, sebab korang rasa macam korang nak bersama dengan dia sampai bila-bila?

cekya tak pernah.

Tuesday, January 18, 2005

webby day!

salam...

hari ni, hari lapar. aduh! cekya lapar sangat sekarang ni. padahal, dah makan tapi rasa macam nak makan lagi. eisk! bahaya tsunami betul la!

ermm...i have prosperity burger in mind though!eisk...:(

cekya busy sangat hari ni, so it must be the chaos yang buatkan cekya lapar. uhhh... alasan..cunnnnyaaa...hahaha...i have a website to update, ubah mana patut, buat semula, kira recontruct everything. pening jugak. rasa nak berputar kepala ni. more over, ada la pulak external auditor sorang kat office ni, yang bau badan dia..umang aiiiiii.....tobat nasuha betul la. the aroma, d*mn!it kills, man! what's up with people yang tak bau langsung body odor sendiri...???

sudah la pening dengan arrangement frames dalam dreamweaver ni, pening dengan bau dia, and he keeps going back and forth depan meja cekya nih. hampeh betul! bak kata boss cekya;

"bau apa nih melekat!!!"

orang dah bau lama, dia baru nak terhidu-hidu. tahun berapa punya hidung ntah ler! hahahaha...

i have to admit, i do have this problem masa college. bila rasa tak selesa, kita usahakan to settle the problem. i guess these people, diorang comfy dengan 'bau' diorang yang 'tersendiri'...huhuhuhuwekkk....

gotta go, wassalam.

p/s : kengkawan, jangan lupa pakai odorono, okeh?;)

Monday, January 17, 2005

semusim yang berlalu...


melewati hari-hari
aku rasa sunyi
kian lama menyendiri
jiwa yang tak terisi

merenung ke dalam diri
kurasa kekosongan
segala yang kumiliki
semakin jauh pergi

di suatu masa
hidupku bahagia
tika hadirmu dulu
ke dalam duniaku

di bawah awan
kita pernah bersatu
menjalinkan rasa rindu
semusim yang berlalu

semua kini
tak lagi ku temu
saat denganmu
yang semakin jauh ditelan waktu

kenangan lalu
bersemadi dalam jiwa ini
kekal bersemi
sebuah cinta abadi

aku menyusuri waktu
dengan rasa rindu
pada senyum dan tangismu
semusim yang berlalu

aku pernah merasai
hilang tak berganti
sejarahmu yang gemilang
kan tetap di ingatan

anuar zain

me-blog!

You Are a Life Blogger!



Your blog is the story of your life - a living diary.
If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.

anuar...


abang nuar perform best semalam eventhough kalah....he's the best, to me, at least! comey sangat dia. cam baju perantin plak dengan tuxedo segala bagai..eisk! encem!

windy monday...

salam...

hi people!! i had a tiring weekend...was busy on saturday for the bbq party. and i had a minor accident with my beloved wira. tatau la fikiran melayang ke mana si i banged the walls near 7-11 kat rumah cekya. gambarnya >>>
habes lampu and kemik sket. ntah la. no comment. ayah cekya dah sakan ngamuk. biarlah. balik je dari 7-11, called a friend. was a little upset masa tu so ada la sikit kesedihan yang terjadi. hehehe...so cekya terus masuk bilik, and put myself to bed sambil airmata mengalir. slept at about 11am and i woke up at 3pm. amcam? ok tak? bangun tu rasa kebas muka. cuci muka and terus pi dapur and prepare apa yang patut. was busy till later in the evening. so terlupa sekejap pasal accident bodoh and things that have happened. kengkawan cekya pun tanya about the car bila nampak cermin tuh. malas nak comment. buat dunno jek. huhuhu...

anyways, the bbq was great. nearly everyone yang cekya jemput, datang malam tu. and of course, i took lotsa pics. actually, it's more to a family affair and i only invited a little group of my colleagues and close friends. surprisingly, semua datang. yang expected to come, tak nampak pulak..mostly family la..my mom was happy to see my friends came. seronok la plak. tak ramai and tak la kurang orang..a just-nice crowd...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

anyways, pagi ni, ada la seorang colleague cekya moody. alahai...betul-betul monday blues. kadang tu, cekya geram juga dengan dia. when she wants to speak up about anything, she assumes that everyone kena terima apa yang keluar dari mulut dia. be it bad or nice, it's the truth and there's no harm of voicing it out. duh! people have feelings la sis! bila orang tegur;

"eish, napa awak cakap macam tu?"
"la..betul la apa yang saya cakap..."


memang la betul but sometimes, kenalah jugak jaga perasaan orang lain. kalau kena kat kita, amcam? macam petang jumaat kelmarin. i was having tea with her kat klcc and there were like dozens odf good looking guys. semuanya muka jernih, ala-ala alim gitu. and i saw this guy, comel and muka dia bersih. and this friend of mine said;

"bersih je muka dia...memang muka baik nih..."

"oklah tu...sesuai dengan saya. buleh dia bimbing saya yang jahat nih...hehehehe"
"eh...kan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat"

erk! cekya tersengih sampai terdiam. cekya tahu ler cekya jahat tapi takyah per nak buat statement camtu. pedih woo...alahai...memang la gurau tapi...entahlah ya!

and this morning, dia angin sesangat. tak sure kenapa, when i asked her, dia jeling and say;

"mana ada!"

hish...PMS kot...

rasa macam tonggang terbalik bahasa cekya hari ni. anyways, enjoy my pics...;)

wassalam

Friday, January 14, 2005

tralalala!

salam....

alhamdulillah, dah hari jumaat. dah lengkaplah seminggu kerja yang tak kerja. seminggu kerja yang tak ada makna apa-apa. tak produktif. membazir masa, elektrik dan yang sewaktunya. ini termasuk jugak beberapa mug nescafe yang cekya buat to ease myself. macam rokok lak nescafe. lepas satu, bancuh lagi, dan lagi, dan lagi. ada orang tu kata, nescafe akan buatkan usus kita tak function dengan betul. iyea? ermm...


effect nescafe. malam tak boleh tidur. i think alot. i get online(which is very rare nowadays!) with a few cups of nescafe by my side. drinking nescafe's like i have a ciggi between my fingers. d*mn! i'll sleep @ 4am, bangkit @ 7am. late to work almost everyday. i couldn't care less! biarlah! and i'll come home late. past 7pm. balik, mandi and go online again. chatrooms? not really. surfing. chats with my online friends and also real life ones....

my life's like before. when i was working @ damansara. i'm losing it, bit by bit. it's like when i lose achik. risaunya. Allah saja yang tahu.

a friend asked,"are you ok?are you alrite?"

if you ask me whether i'm ok or alrite, i would surely say yes. coz i can't really figure out what's really bothering me. i don't irritate people. cekya tak kacau orang.

what's in my mind?? entah. blank-O.

what i wanna do?? be away.

~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~

oh my. sorry for the babbling guys. esok, ada bbq kat rumah cekya. would be busy the whole day. insya-Allah, i'll snap pics. i just realise that my beloved camera cannot use rechargeable batteries. gambar blur! gambar nampak ada spots. agaknya sebab battery tu murah kot. it was given free masa cekya beli camera tu dulu. i guess i have to buy expensive rechargeable batteries la. baru gambar ok sikit. buat masa ni, beli jek battery biasa tuh. i love energizer e2 titanium. ok sket. high taste betul camera tu ye! kopak tuannya nih...huhuhu

dah pukul 5. nak balik? belum lagi. maybe lepas maghrib.
wassalam...;)

p/s : to a friend, move on! if you're gonna feel hurt of what i'm going to say, then, i can't say anything. really! i know, i'm not a good friend. i'm just like any other women in the world. i'm not cekya whom i used to be a few months back. but i'm sorry. coz you know what? real friends tell you the truth. not hide things from you. not wanting to see you crushing yourself. not being sad over someone who have hurt you bad! please think about it. praise the day you were born. love the day your dearest mom gave birth to you. the lady whom have given you the opportunity for you to breathe. memang dah banyak kali cekya minta maaf minggu ni. but i meant every word. take care dear and have a great weekend.. have fun doing your job @ the office...:(

antisocial...yuhuuuu!!!!!





take the antisocial test.


and go to mewing.net. because laura's feeling social.

Thursday, January 13, 2005

am i still there?

sepang f1 circuit.

salam...

tajuk hari ni tak ada kena mengena. harap maklum.

semalam cekya balik lewat dari pejabat. memang dah janji dengan my cousin-zetty jumpa kat rumah coz she'll be sleeping over, pagi ni ada interview. cepatnya dapat call for interview. baru 2 bulan grad. untungnya dia. untungnya jadi orang cantik. *sigh* memang rezeki dia...:)

anyway, cekya balik lewat petang semalam. harapkan mak tunggu cek zetty sampai rumah. lepas habis kerja, singgah kl sentral dengan 2 of my officemates for dinner. cekya tak lalu nak makan lunch so kfc is truly tempting!

lepas makan, sampai rumah, zetty pun sampai. we talked about tips and tricks dalam interview. and the worst thing is (she said so!) that dia lupa what position that she applied for. alahai! macam sama je case dia ni dengan cekya masa lepas grad dulu. kalau ada orang call, mengiakan ajelah coz i would be lost and have forgotten about all the cvs and resumes that i have sent out. sabo ajelah. itu yang payah kalau hantar to random adresses ni coz usually, we'll just jot it - any available post. so bila orang panggil interview, dah menggagau sebab tak sure apply kerja apa. adakah tea lady? ataupun butler tukang jaga pintu? mungkin juga MD? hahaha....tak pun, jadik bini no 2 kepada chairman? huhuhu....

moralnya, keep track!

hari ni, mood 50-50. i guess i have to forget and put aside what i'm feeling right now. kerja tengah banyak cekya!!!come on gurl!!! and bila tengah cuba menaikkan semangat sambil nyanyi lagu negaraku dalam hati, pap!!blackout pulak around 12.20pm tadi. hish!!! panasnya ya ampunnn....called a friend kat tnb and she said it's a major breakdown. affected area - kl, selangor, n. sembilan, melaka & johor. around 3, MD bagi instruction, semua boleh balik. balik? ala...lrt pun dah tentu tak bergerak. so we lepak and my officemates ajak minum. so off we went. tengah sedap menikmati barli ice, elektrik ada semula. so baliklah berlenggang kangkung ke office semula....

and here i am. 90% of my colleagues dah balik. hehehe...alahaiiii MD!

anyways, the story has been updated. to friends yang follow cerita tu, please visit the page.

wassalam...

p/s : masih aku terasa...

Wednesday, January 12, 2005

tayang filem lucah?

"NEW DELHI: Pengguna sebuah lapangan terbang di India amat terkejut apabila filem seks melampau ditayangkan menerusi skrin televisyen selama lebih 20 minit.

Kejadian berlaku pada waktu malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi ketika waktu puncak di lapangan terbang berkenaan, menurut laporan semalam.


Penumpang yang terkejut dengan adegan seks yang diiringi suara mendesah dan meraung yang bergema di seluruh terminal.Pegawai serta merta menutup skrin televisyen itu selepas menerima aduan penumpang tetapi filem itu terus ditayangkan selama 20 minit. – Agensi"

p/s : eisk....sekarang nih musim haji. kalau la jadi kat KLIA...harunyerlah!

hari ini, hari marah - ohoOoOOhoi!!

salam....

semalam lain, hari ni lain pulak jadiknya. argh!
menguji. Allah betul-betul tengah menguji takat mana kesabaran cekya. takat mana kemahiran cekya nak handle masalah dan ujian yang datang. even if it hurts. even if it means that i have to sacrifice my own feelings.

macam-macam kat office ni. rasa nak rabak jek appraisal form yang perlu diisikan atas meja nih. geramnyalah! apa pun, kena buat tak tahu jek la.

hish. cekya lemas!

wassalam

p/s : aku rasa, dia makin jauh.

Tuesday, January 11, 2005

rare!roar!

salam...

me, posting @ night? jarang ek...;)

anyways, just to fill in my time tonite. dah lama cekya tak online malam-malam. i know, if i do, there would be so many things to put in here. and i'll start my babbling sampai berjela-jela.

right now, i have worries. i'm in no good condition, emotion wise. it's hard to explain things sometimes, and i'll just let the tears flow to settle things.

i saw someone in the train this evening. somehow, he looks like someone from my past. someone who is so dear to me for 5 years. and my heart jumped and my eyes started gleaming with tears. d*mn!

how hard was it?? it's just only trying to forget someone from my past. how difficult can it be? when the time of the month comes and all stuff started to get mushy, this old same memories will pop-up out of no where.

and now, considering i'm fighting my own emotions, things got pretty tough deep inside. and i've got tears running down my cheek when i listen to this song last saturday;

WITHOUT YOU - MARIAH CAREY
No I can't forget this evening
Or your face as you were leaving
But I guess that's just the way the story goes
You always smile but in you eyes your sorrow shows
Yes it shows
No I can't forget tomorrow
When I think of all my sorrow
When I had you there but then I let you go
And now it's only fair that I should let you know
What you should know
I can't live, if living is without you
I can't give, I can't give any more
Can't live, if living is without you
Can't give, I can't give any more
No I can't forget this evening
Or your face as you were leaving
But I guess that's just the way the story goes
You always smile but in you eyes your sorrow shows
Yes it shows
I can't live, if living is without you
I can't give, I can't give any more
Can't live, if living is without you
Can't give, I can't give any more
i was so stupid to let go someone who's willing to accept me. i was so dumb to neglect him even he is willing to give up everything for me. gosh! why is it so hard for me to see things at that point of time? why is it so difficult for me to understand that chances don't really come on each and every day! why do you let him believe that you're fooling around when you're not?you ARE a fool cekya!
why am i NOT letting go when i should? he left...and it's all because of you, cekya. face it girl!
tears are now all over my face.
sedihnya.
sebak.
terkilan.
rasa kehilangan.
i'm lost.
i lose the battle.
i'm a loser.
my kaftan's wet with my tears. off to bed.
wassalam...:(
p/s : i hate signing off with a sour note...i guess this is one of 'the' entries...:(

~sony cd rewritable~

salam...

posting ni tak ada kena mengena dengan cdr-w. cekya saja bubuh. tatau nak letak tajuk apa pagi ni. ternampak cd tuh ataih meja, terus boh sini.

i don't feel good this morning. emotionally disturbed. malas dah nak layan rasa-rasa macam ni. bukan apa. letih!

*siaran tertunda*
ni baru nak sambung. i let the blogger's window opened without jotting anything. kerja berlambak, nak kena redo company's website sebab ada so many changes yang dah cekya terima from admin department. tapi malasnya ya Allah!!! so what i did was, uploading all pics yang cekya snap kat frasers hill. finished up the whole lot!

why do we feel neglected when we don't need to feel that way?
why do we feel sad when there's nothing to be sad about?
why do we feel the lost when it's not certain that we will lose it?
why do we worry over the simplest & and the smallest thing?

cekya cukup tak selesa bila @ one point, kita rasa segalanya bagai tak kena. self confidence, self-esteem dan segala-gala pasal 'self' nih semua ke laut! geram betul. time kerja banyak pulak tu. semalam cekya stay lewat kat office. i might be around till late today. don't feel like going home early, don't feel like jalan-jalan carik pasal, don't feel like doing anything..

till later, wassalam...!

di sini, di dalam dadaku!

Monday, January 10, 2005

black monday....

salam...

i had a full weekend...wuhuuuu.....sabtu pagi pi pasar and stopped by @ tabung haji, kelana jaya. cekya berlenggang masuk dalam kawasan tabung haji tuh and guard tu pandang aje. sekali tengok kat kaunter, gelap jek. pastu cekya pun berlenggang balik kuar ke pagar.

"assalamualaikum...tumpang tanya, kaunter tutup ke hari ni?"
"a'ah...kan sabtu pertama."
"erk..bukan ni sabtu kedua?"
"a'ah, dia gantikan cuti sabtu yang minggu lepas."

alahai. 2 benda yang cekya rasa geram sikit la. first, dia dah nampak cekya, tegur la, bertanya nak ke mana, sebab orang-orang yang menghantar relatives ke mekah memang belum muncul coz it was 830am. awal sangat-sangat. at least tak payah la cekya nak jalan masuk, and jalan keluar. waste of time. second, apa ke halnya la cakap sabtu pertama, pastu ganti sabtu kedua..eisk...buat cekya pening lalat pagi-pagi tu. last-last, cekya diam, dan terus ke pasar tani, jumpa mak yang dah tunggu kat sana.alahaiii....abang guard!

petang sikit, cekya ke amcorp mall. ada flea market. tapi cekya tak pi pun. just beli card untuk wedding on sunday. then cekya terus balik rumah.

the next day-sunday, pagi tu cekya teman mak beli pasu and bunga kat nursery nearby. ika was around. malam semalamnya, she said she wanna follow me to the wedding i was going that afternoon. a ex-schoolmate's wedding kat kundang. @ 2pm, my friend came to fetch us and kami bertolaklah ke kundang, a place of no where. cekya memang tak pernah sampai so it was a gamble la to go there without any clear picture of where the place is.

sampai around 3pm, pengantin pun dah tukar baju! sabar ajelah... kesian ika. she wanted to see a pengantin siap pakai crown. huhuhu....anyways, selamat pengantin baru to asmah & shahrul! tak dapat nak amik gambar korang berdua.



asmah tengah syok bercerita!

anyway, dapat la snap gambar candid pengantin perempuan time kitorang tengah sakan berborak!

around 445pm, we head home, singgah swensen's! kemain suka la cek adik ika kita. she was jumping with joy bila sebut ice-cream. sabar ajelah ye. makan nasi minyak almost 2 pinggan and now, the ice-cream. betul-betul melayan perut budak umor 3 tahun nih!


nyummy!!

swensen's ni memang expensive. cekya ni, dah kerja, baru la dapat makan. kalau tidak, takyah ler..anyway, petang tu, member cekya la yang belanja. masheh la cek biah! huhuhu...nanti, we'll go again la eh...real meal, this time!

sampai rumah, our stomaches are like...burssstttting! and ika's shouting for playground!!!so i took her there, spent another 45 mins there.

by 9pm, i was sleepy like hell! called a dear friend. and i was off to bed. penat wooo... jaga budak sambil berjalan-jalan. eisk..belum ada anak, dah ngadu penat. errr...jangan kata anak la...ehem-ehem pun takde...nasib awak ler cekya!hehe...

daaa!wassalam!

Thursday, January 06, 2005

genap seminggu...

salam...

hari ini, genap seminggu ckeya tak update apa-apa. niat tu memang nak update tapi...things happen, i guess...so today, i'm updating stuff that had happen;

31st dec 2004
- cekya lunch dengan officemates. dim sum buffet kat quality hotel. first time cekya makan dim sum ni. not bad at all. chinese food. member office cekya ni, s****a, mak dia chinese, ayah malay-mamak...so basically, she knows where to get halal chinese food. kitorang pun makanlah sampai tak boleh nak bergerak. nak sujud solat dzuhur lepas lunch tuh pun rasa seksa. huhuhu...*hah!makan la banyak-banyak lagi, tak ingat dunia betui!!*

- then, kitorang pi jln t.a.r. cari kain untuk buat baju nikah. eh! bukan untuk cekya. tapi member cekya yang ajak makan dim sum tu. we picked a nice colour for her. rasa cam nak tunjuk gambar yang cekya amik kat gulati's tu tapi dia tak bagi. nanti tak surprise pulak bila member-member office tengok gambar kain tu. betul gak ek?

- kendian, balik tu terus ke sogo sebab park kereta kat situ. singgah pulak beli McD's sundae with choco top...what can i say....HEAVEN!

- malam tahun baru. cekya just lepak kat rumah. seorang. adik-adik keluar. ada barbeque katanya. "akak nak ikut, boley?" "huh!!biar betul!!"...mak ayah pulak, ke kelas agama macam biasa. tinggal le cekya terpinga-pinga seorang sambil packing my things for my trip the next day!ke mana?...:D.masa jam ke detik 12 malam, cekya sebak. dah 2005? Allahu Akbar!! dan dah genap 10 tahun cekya tinggalkan zaman persekolahan...i just missed my friends!

1st jan 2005
- tepat 930am, cekya sampai kat lrt setiawangsa. my friends were waiting for me. yup, kami semua nak ke fraser's hill. the trip was arranged by a friend of mine, along with her toastmasters club. so off we went, meeting spot kat genting toll, then straight to bentong. we stopped kat pekan bentong and had our early lunch. and we climbed up the hill(by car of course...heheh) at about 115pm.


the weather wasn't that good. misty and cloudy most of the time. check out the pics at my fotopages. you might wanna go but not on december - january period. it rains and it's just so d*mn cold..:D not much of activities. but if you love nature, then it's the right place to go - there are so many trails for jungle tracking! cekya and the rest just visited the jeriau waterfalls & allan's water-which is the lake. i took a few snaps as well...

- we had barbeque that night. it was fun. and we were all hungry. and as we all know, memang payah seksangat nak lite-up the fire using charcoal and the d*mn fire-starter. last-last, goreng jek satay yang dah prepare tu. hehehe...satay goreng tuhhh....:D

2nd jan 2005
- bangun bapak lambat. hehehe.... rasa letih and i start to feel my muscles are tight kat bahagian betis. bahana naik turun bukit masa pi waterfalls semalamnya. free at leisure. so tido sakan lah dalam bilik. and at about 9 something, siap-siap to have breakfast. we went to this warung and kakak-tuan punya warung tu punyalah bisa mulut dia! i can't imagine how she survived meniaga kat situ. antara bicara-bicara manis dia;

"diorang ni ramai-ramai dari mana ah??apasal tak makan kat hotel jek???"
"errr...kak, ada ayam goreng tak?"..."mata tu dah tak nampak ke???"
"kak..yang mana satu teh tarik kurang manis, yang mana teh tarik biasa??"..."sini bukan restoran ye!saya tak ada masa nak bancuh asing-asing!"

and i heard her banging the tepung for roti canai atas tempat canai roti tu...eisk...!bukan roti canai tuh... roti hentak! adui la...we can't stand being there longer. lepas abes makan, terus cabut. malas nak dengar dia bebel-bebel...i just wish that she'll change her atttitude. people come to her place to give her rezeki, and she said all that. terrible person!

- at 12pm, kitorang start check out, singgah bentong and i arrived home at about 430pm. the journey was alright but cekya, first time mabuk and rasa nak muntah masa turun bukit. eisk!i felt terrible..:(

3rd jan 2005
- was busy in the office. nak upload gambar pun tak sempat...geezz!

4th & 5th jan 2005
- at about 5am, cekya terjaga and rasa macam badan melayang. i thought iwas dreaming or something. cekya bangun and pi toilet. masa tu rasa melayang jugak. i tried holding on to anything that i can see-yeap, my eyes were blurry! lepas buang air, cekya masuk bilik balik and baring. try to comfort myself. then the house phone rings. cekya takleh nak bangun. rasa macam nyawa nak melayang aje..:( i tried to put myself to sleep. akhirnya cekya lelap. at 6, cekya terjaga. perasaan melayang-layang still ada. cekya bangun, mandi dan solat. masa tu perasaan melayang-layang makin kuat. i was just so d*mn worried. i called a friend, he suggested me to take the day off and go to the clinic. i agreed.

- tetiba mak cekya masuk bilik. she said my aunt called pukul 5 tadi(the phone call that i couldn't get to), she said rumah my another aunt kat jln duta kena masuk pencuri and they tie my aunt's family up! so mak cekya cakap she wants to look at things kat sana and i said i wanna go to the clinic. she agreed. she went there, took my aunt home and took me to the clinic. i thought it was my blood pressure. but instead, it's a food poisoning.*whhhatt???* cekya pun pelik. so i got my ubat-ubat and when straight home. had my rest for 2 whole days!

pheww....!berjelanya! even if there's no one to read these bablings, i gues it IS for my reference and as a memory wrapped and tied nicely in my mind.;)

wassalam...

p/s : check out my fotopages...LOADS of pics!