Tuesday, May 10, 2005

pencuri lapar!

Perompak larikan 21 ketul ayam goreng, RM2,200

NILAI: Dua perompak yang menyamun restoran makanan segera, KFC dekat sini semalam bukan saja melarikan wang tunai RM2,200 tetapi juga
satu barel mengandungi 21 ketul ayam goreng berperisa kari bernilai RM53.50.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi, dua perompak yang memakai topi keledar berusia dalam lingkungan 20-an itu dikatakan terus memasuki restoran itu.Seorang daripada perompak terbabit kemudian terus menuju kepada pengurus restoran syif malam, Shahasnida Muhammad, 26, yang duduk di tempat pelanggan sambil mengacu parang, manakala seorang lagi perompak berkawal di pintu masuk. Perompak terbabit kemudian terus memaksa mangsa mengeluarkan wang daripada peti simpanan yang mengandungi RM1,800 dan dalam mesin juruwang sebanyak RM400. Sebelum melarikan diri, perompak terbabit sempat mengarahkan seorang juruwang membungkus satu barel mengandungi 21 ketul ayam goreng berperisa kari sebelum melarikan diri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Taib Latif, berkata ketika kejadian terdapat suami isteri yang sudah berumur dengan cucu mereka serta lima kakitangan restoran. “Kita menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, pengurus restoran syif siang, Azrin Syiham Shariff, 27, berkata dua perompak terbabit dipercayai datang ke restoran itu petang semalam (kelmarin)."Perompak terbabit sudah datang semalam (kelmarin) sebelum kejadian dan mereka jelas tahu siapa pengurus restoran kerana terus menuju ke mangsa (Shahasnida) yang sedang duduk di tempat pelanggan dan memakai baju biasa."Walaupun mangsa memberitahu dia bukan pengurus restoran, perompak terbabit terus mengancam mangsa dengan parang sebelum mengarahkannya membuka peti besi dan mesin juruwang," katanya.

Sementara itu, juruwang, Norhanida Sharif, 21, berkata dia terkejut apabila tiba-tiba perompak terbabit mengacu parang ke dadanya dan memaksanya membungkus satu barel ayam goreng berperisa kari."Kerana takut dicederakan, saya mengikut arahannya membungkus ayam goreng yang diminta sebelum menyerahkan kepada perompak itu," katanya.

p/s : bagai nak pecah perut baca berita nih dalam berita harian online. muahahahaha...adeh adeh...cakit perut!!

No comments: