PETALING JAYA: Seorang jurugambar polis hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh Tengku Teh Susilawati Engku Akhirat.
Tiada pengakuan direkodkan ketika tuduhan dibacakan terhadap Lans Korporal Abdul Halim Hasan, 49, di hadapan Majistret Azroul Hisham Azulan. Abdul Halim, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, didakwa membunuh Tengku Teh di kawasan perhentian bas bertentangan Stesen LRT Kelana Jaya antara jam 1.30 pagi dan 10.30 pagi pada 6 Mei lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika bersabit kesalahan.
p/s : erm...cekya rasa seram baca latest news kat berita harian online nih. eisk...
No comments:
Post a Comment