Wednesday, July 21, 2004

muackss!!

 assalamualaikum!
 
semalam cekya tak jadik shopping sakan.lepas bayar bil kat jalan ampang(rasanya semua tahu tempat bayar bil kat jalan ampang-opposite ampang park tu..hehehe),cekya makan kat mcdonalds sampai baca buku.cekya kalau dah baca buku,memang payah nak berhenti.sedar-sedar,dah sejam duduk situ.mak pulak call,kena jaga dua orang anak buah yang kenit-kenit kat rumah.jadi,cekya terus balik rumah.
 
pagi ni,suara cekya dah tak ada.siap pesan kat officemate,hari ni cekya tak dapat nak jawab calls.microphone rosak!hehehe...so sambil buat kerja diam-diam pagi ni,sambil dengar lagu 'kaulah segalanya' by ruth sahanaya & anuar zain masa aim-2004...macam sedih pulak lirik dia...
 
Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan
Di saat-saat ini
 
Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya
 
Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang
 
Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya
 
Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang
 
bila la nak ada orang kasik lagu ni kat cekya.sebenarnya,sukar nak cari orang yang betul-betul ikhlas zaman sekarang ni..terkadang,saudara sendiri pun buat pasal...kan?
susah sangat ke nak buat baik dan tak perlu menyakitkan hati siapa?
payah sangat ke untuk tidak membuatkan orang lain kecewa dengan tindakan diri sendiri?
inilah payah kalau tidak berfikir sebelum berkata atau membuat sesuatu.ayah cekya selalu pesan,sebelum nak buat atau cakap apa-apa,fikir dulu.masa tu cekya sekolah,tak berapa faham.sekarang,bila dah besar,baru cekya sedar,kita hidup dalam masyarakat dan apa yang kita buat atau cakap membawa kesan pada orang lain.sikit atau banyak,ianya akan tetap membekas di hati orang lain!
 
so guys,think before you act or say something...have a wild and refreshing day!
wassalam!

3 comments:

Anonymous said...

saya boleh kasik lagu nie kat cekya.. dengan ini saya kasik lagu ini kat cekya.. saya pun menghadapi masalah tekak.. suara tak berapa nak keluar.. so kawan saya pesan minum madu dengan teh gula sikit campur sedikit limau.. insyallah ok punya..kalau cekya terasa nak letak lagu dalam blog cekya saya boleh dapatkan koding dengan lagunya sekali..apa apahal pun cari penawar tekak cekya dulu.. saya pun.. baru rasa best.. k..

:: alone ::

she-blocks said...

abrar ~ yes,cekya memang suka membaca.macam blogging juga,ianya sesuatu yang sangat baik untuk alihkan tumpuan dari masalah...at least to me lah..:)

alone ~ terima kasih,untuk 3 perkara.satu,atas dedication lagu dan kedua untuk penawar tekak.ketawa pun dah macam enjin kereta tak boleh nak start!hehehe...alhamdulillah alone dah baik,harapnya cekya akan baik dalam 2-3 hari ni..:)
dan yang ketiga,kerana sudi menjenguk blog cekya...

zuril said...

suka juga lagu tu.sedih kalau dihayati.
erm,betul sista..apa yang kita ucapkan,mmg kadangkala berbekas di hati sampai mati. =)

harapnya dah sihat.