assalamualaikum...
aku tahu,aku bakal rasa lega kalau aku luahkan apa yang aku rasa sekarang nih.aku cuma tak faham,siapa salah dalam hal aku ni. aku malas dan muak untuk bertekak. selalunya,kalau ada apa-apa,aku lebih suka berdiam. ada beberapa sebab kenapa aku memilih untuk diam. bukan merajuk. tapi itulah aku. dalam diam tu,hati aku memang sakit. berdarah-darah. meleleh-leleh sampai jadik airmata..
aku memilih untuk diam sebab aku tak nak kecoh.
aku lebih suka berdiam sebab aku rasa kalau orang tu betul-betul buat salah,dia mesti datang pada aku dan mengaku.
aku mahu bersendiri dalam keadaan yang macam tu.
ego kah aku?
ini kah ego yang selalu orang perkatakan?
aku tak ego.
aku mahu berdiam.
aku tak nak susahkan orang.
terlampau sensitifkah aku?
aku sedar letak duduk diri aku dikalangan orang disekeliling aku.
aku tak minta keadaan jadi buruk.
cuma cara manusia mengendalikan sesuatu itu yang silap.
mungkin cara mereka.
mungkin juga cara aku.
aku tahu,aku salah.
tapi tak semestinya orang lain betul.
kalau boleh,aku nak lari balik jb aje.
dah lama aku tak balik rumah tempat aku lahir.
aku rindu,aku jadi sebak dalam keadaan macam ni.
keadaan dimana teramat ramai orang disekeliling.
tapi tak ada seorang pun yang wujud.
faham,kan?
tiba-tiba aku rindu arwah nenek aku.
kat peha dia lah aku selalu mengadu.
peha dia yang kaku.peha dia yang lumpuh.
walaupun tubuhnya mati separuh.
telinganya tak pernah mati mendengar cakap-cakap aku.
apa pun,aku happy sikit hari ni. tadi,aku dapat berita,semua staff dapat bonus dua bulan dan insya-Allah,bulan ni,kami semua dapat kenaikan gaji. insya-Allah,aku nak gunakan duit tu untuk simpanan dan langsaikan hutang yang ada. kalau ada rezeki,teringin aku nak beli kereta. aku boleh jalan jauh sorang-sorang sambil tenangkan fikiran dan hati. ambil gambar. sebanyak yang aku suka. aku rasa,lebih elok aku habiskan masa dengan minat aku yang satu ni. mesti seronok,keliling malaysia dan ambil gambar-gambar alam ciptaan Allah Subhanahuwata’ala...
aku dah tersenyum. aku akan tersenyum bila aku ingatkan benda-benda yang aku suka.buku-buku,cerita-cerita dalam buku-buku tu,kamera aku,dan jugak gambar-gambar yang bakal aku ambil. dan aku juga akan tersenyum bila teringatkan anak sepupu yang selalu aku jaga bila ibu dengan ayah diorang kerja.
kelmarin;
cekya : ira,esok hari apa? (aku sebenarnya bercakap pada diri sendiri tapi,aku saja jadikan perbualan dengan ira yg berumur 4 tahun tu)
ira : haribulan...(dengan muka selamba,pandang handphone aku sambil main tekan-tekan)
aku terdiam,kemudian ketawa sendiri.
aku rasa lebih elok jadik budak-budak. cakap apa pun,tak perlu nak fikir penerimaan orang. reaksi orang. aku benar-benar letih menjaga hati orang.
ikutkan nafsu syaitan,aku dah pekik.
aku dah jerit.
aku dah luahkan rasa hati aku.
tapi aku tak suka.
tak berani.
sebab aku sedar,siapa aku!
sampai sini saja. dah lama aku tak ambil gambar. kamera aku tu pun,duduk lepak dalam handbag. insya-Allah,mungkin hujung minggu ni aku merantau keliling kl.
wassalam
2 comments:
waalaikumussalam
"diam juga ada kekuatan seperti kata-kata".itulah yang zuril baca dalam sebuah majalah.diam tak bermakna kita tak mengerti,diam tak bermakna kita tak faham,diam tak bermakna kita setuju,dan diam juga tak bermakna kita ego.mungkin diam itu untuk menyelamatkan keadaan.lebih baik diam,dari bertutur sesuatu yang berbisa atau berbekas di hati sesiapa.
kadangkala,biarkan saja diam itu beraja dalam diri,kelak kita akan mendapat jawapan dari hati.. =)
P/S :ambil pic banyak-banyak ye!
[ zuril ]
cekya...bestnya nak keliling KL...nak ikut boleh?..(cuejah)
Post a Comment