bukan...bukan nafsu seksual(maaf,over sedikit bahasa di sini)tapi nafsu amarah yang ada pada setiap diri manusia...
aku tak faham,kenapa manusia susah untuk berpegang pada janji.bukan aku tak pernah mungkir janji....pernah,tapi sebolehnya,aku elak untuk mungkir janji....
kerana aku tahu bagaimana pedih,sakit dan kecewanya bila dimungkiri...
bukan nak mengungkit,sebab aku bukan orang yang sebegitu...tapi kenapa manusia tak pernah sedar dan nampak dengan apa yang manusia yang disekeliling dia dah korbankan,semata-mata atas nama seorang teman?
hanya kerana sayangkan sesuatu bernama persahabatan?
hati aku memang panas petang ni...tak seredup cuaca di luar.shah dah berapa kali hembus angin,minta aku sabar.
"sabar,memang boleh sabar wak,tapi kawan saya cuba lari bila saya tuntut hak saya.."
aku dapat bercakap dengan kawan aku itu untuk meminta hak yang sepatutnya berpindah tangan kepadaku beberapa bulan lalu.aku diamkan.sebab aku ikhlas.nah sekarang,aku rasa sudah sampai masanya aku berhenti berdiam dan menjadi tunggul..aku harus bersuara!
aku dail nombor telefon bimbit.aku sempat bercakap dan menyampaikan hasrat untuk dia kembalikan hak aku..
dis setuju.tiba-tiba,talian putus.
aku dail semula.tak berjawab.2 kali.kemudian,telefon bimbitnya dimatikan.sah!lari!
bercelaru rasanya.aku tak sampai hati tapi aku rasa dah terlalu lama aku memberi muka.dah terlalu lama aku membiarkan dia tidak menghargai temannya ini..kalau dia mahu melabelkan aku berkira,silakan!sebab itu semua titik peluh aku walaupun kerja aku ni tak ada pulak mengeluarkan peluh dalam amaun yang banyak..heheh
shah kata nak menyamar jadi peguam aku.dia mahu menelefon kawan aku untuk menuntut melalui undang-undang.gelihati aku dengar..itu saja yang buat aku ketawa semasa membincangkan tentang hal ini dalam telefon tadi..ada saja cik abang seorang ni..
bila aku fikir-fikir balik,aku rasa mahu berserah saja.kalau hatinya masih ada setitik 'putih',dia sendiri akan datang pada aku..
atau aku akan biarkan saja 'hitam' merebak..
kiranya,akukah yang tersilap memilih teman?
akukah yang bodoh dalam menilai hati orang?
atau aku terlalu lurus dalam menjalani kehidupan?
ya Allah!selamatkanlah hambaMu ini!aku hanya mahu menolong hambaMu yang lain..
kerana aku yakin,Kau-lah yang mahu aku membantu ketika aku mampu..
aku pergi dulu..
1 comment:
jangan sekali menyalahkan diri awak kerana tersalah memilih kawan.. segala yang berlaku adalah kehendak tuhan.. dengan sedar atau tidak segala apa yang berlaku keatas kita adalah daripada hasil kerja tangan kita sendiri .. mungkin bukan balasan Allah terhadap perbuatan kita dulu.. tetapi ujian dimana Tuhan masih lagi memberi tumpuan .. maka dengan ini dekat laa awak dengan Allah.. ingatlah "diawal sabar itu perit rasanya ... tetapi dipenghujungnya sabar itu ada manisnya"..saya yakin awak terasa rindu kat Allah dimasa masa begini..? ambil la peluang mengadu kepada Nya .. yang tidak pernah bosan untuk mendengar rintihan kita ... malahan Tuhan murka jika kita tidak berdoa kepadaNya.. bersalahan dengan manusia.. cukuplah 2 kali call.. terus tutup handphone....
Post a Comment