Monday, June 28, 2004

::aku ke yang bermimpi?::

aku rasa
aku masih belum bangun dari mimpi
aku masih terlayang oleh kata-kata seorang manusia
aku masih tertipu dengan ucap manisnya
walaupun aku tahu,ianya mungkin tidak benar..

aku ingin
aku mahu tahu apa yang ada dalam batu jemalanya
aku mahu meneroka isi hatinya
aku mahu untuk tidak dibohongi buat sekelian kali
walaupun aku tahu,sangat mustahil untuk aku kenali dia yang sebenar..

kadang itu
aku rasa bodoh yang teramat
seluruh hidupku penuh dengan kepercayaan,trust
aku percaya kerana aku ikhlas
aku percaya kerana aku tidak pernah punya agenda untuk mempermainkan
lantas kenapa aku dibalas dengan ini semua..

jika 'tidak'
kalau 'tidak' yang dimaksudkan
luahkan saja dari lidah pantasmu
aku bisa menerima segalanya
aku sudah lali dengan perkara seperti ini..

tidak ada
tidak wujud sebab mengapa aku tidak boleh menerima kenyataan
aku sudah cukup kuat untuk mendengar kata-kata itu untuk sekian kalinya
aku tahu Allah sentiasa bersama
dan aku sudah jemu kerna asyik dijadikan bahan..

kasih itu
kasih pada Allah kekal abadi
aku tak pernah menidakkan hakNya
tapi kau dan aku manusia yang akan mati suatu hari nanti
manusia berperasaan yang mahu menyahut seruanNya dengan ada orang tersayang di sisi,mendoakan..

keterlaluan kah aku
sedangkan harapan itu,kau yang letakkan
aku tahu
yang salah,aku,aku,aku
yang sentiasa benar,kau,kau,kau..

benarkan?

cekya
4:50pm
280604

2 comments:

zuril said...

its me - ZURIL

cekya,saya linked blog awak ni ek..ada bakat menulis puisi,teruskan berkongsi puisi dengan kami semua! =)

she-blocks said...

zuril...
saya menulis ikut rasa sendiri...kdg2 tu over sket..but i'm glad u like it..

insya-Allah,i'll share more of it in future...keep visiting alright?