Wednesday, June 23, 2004

::argued::

hari ini,aku nak menulis buat pertama kalinya dalam bahasa melayu..

hari ini,aku bertelagah dengan dia..
tentang sikapnya..dan juga sikap aku..
mungkin,dalam aku sakit-sakit begini..
cepat terasa..
cepat sensitif..
cepat tersentuh..
kerana aku tahu,aku ada dia..
aku mahukan sejuta perhatian darinya..
dia sibuk,dengan kerja,dengan tanggungjawab..
aku,leka dengan hingus,dengan badan panas..
kami berlawan cakap..
sesuatu yang aku mahu jauhi..
mungkin bukan silap dia..
aku..
aku..
aku..
kenapa...aku tidak berubah?
kenapa...aku tidak kuat semangat?
kenapa...aku tiba-tiba menjadi manusia cengeng?
caranya bercakap,sama seperti seseorang di masa lampauku..
nyata,aku tidak pernah mengubah sikapku yang terlampau..
bagaimana harus aku lakukan?
bagaimana aku mahu jauh labih matang dari sekarang?
bagaimana untuk aku ubah cara keanakan yang kadang-kadang terjengul dari diriku yang sebenar?


untuk dia-shahreez ridhwan,aku mohon maaf,kerana tiba-tiba membenarkan diriku menjadi diriku sendiri..

aku letih...esok aja!

No comments: