Wednesday, October 05, 2005

**1 Ramadhan 1426**

salam!

alhamdulillah, cekya berjaya bangun pukul 4.15, tanpa bantuan alarm hp yang kadang-kadang bunyik, kadang tidak tu. sebenarnya bunyik tapi cekya yang tak dengar. hahahahaha....dah setkan pukul 4.30, tapi terjaga sendiri, alhamdulillahhh!! rasa seronok pulak! mata pun cerah aje..hikhihkik..

it's 3 o-clock now. cekya tengah buat clean up pc, tetiba nampak gambar yang cekya snap masa buat lengkong last sunday untuk tahlil. rasa macam nak balik rumah sekarang, buat untuk juadah berbuka. cekya memang suka, suka, suka makan lengkong. so cekya nak share la cara membuatnya...lengkong gula melaka. some call 'em agar-agar.

first, rendamkan jalur-jalur lengkong yang dalam plastic tu. then amik sebiji telur, pukul. bila dah kembang, masukkan half a box santan yang dalam kotak. tu. kacau rata.
Image hosted by Photobucket.com
pastu lengkong yang dah direndam tadi tu boleh la masukkan dalam periuk, and bubuh air, a little bit more than paras lengkong strips tu. nyalakan api sederhana besar and biarkan lengkong tu dissolve.
Image hosted by Photobucket.com
mama cekya punya gula melaka dah jadik macam playdoh. hahahaha...melted. so cekya cuma scoop guna sudu. gula nih, secukup rasa. trust me, even 6 sudu pun belum tentu manis. memang gula melaka nih kureng sket rasa manis dia. maybe you guys wanna add more. so masa lengkong tu tengah dissolve atas api, masukkan gula melaka and kacau rata.
Image hosted by Photobucket.com
bila dah rata, kecikkan api and masukkan egg & santan mixture tadi. gaul rata. make sure gaul rata-rata, takut telur tu berketul coz lengkong tu tengah panas. dah rata, sejukkan sikit and boleh la masukkan dalam mangkuk. make sure letak dalam another bekas berisi air. nanti santan & telur akan naik slowly. bila dah betul-betul sejuk, bolehlah masukkan dalam fridge. makan time sejuk. besh! nyaman dong!huhuhuhu....
Image hosted by Photobucket.com
selamat berbuka petang nanti!

wassalam...

No comments: