Thursday, June 23, 2005

sepak raga...sepak kang!

Image hosted by Photobucket.com
salam...

today is a sleepy day.. deng!

pagi ni dapat sms from a friend. mood angin jugak. aiseh. nampaknya angin cekya dah terberjangkit kat dia. sorry ah friend!

semalam, lepak-lepak dengan mama & adik cekya, borak-borak pasal family, pasal rumah, pasal kereta dan tetiba masuk la bab wedding anak kepada cousin ayah cekya. dalam kad jemputan tu bunyik macam ni;

"Bukanlah menjadi adat pada kita orang melayu untuk memberikan hadiah apabila berlangsungnya majlis perkahwinan dan kami sekeluarga tidaklah mengharapkan apa-apa pemberian, tetapi, jika pihak tuan masih mahu memberi cenderahati, terdapat beberapa tempat yang menjadi pilihan pasangan pengantin, iaitu di;

-metrojaya, household department, section 14, petaling jaya
-best denki, suria klcc
-ombak, suria klcc

Pemberian tuan, didahului dengan ucapan terima kasih."

muakakakkaka....alahai. tak payah, tapi mention pulak nak hadiah dari certain kedai. kelakar betul. actually memang before this, dia buat majlis anak dia pun, sama jugak macam tu. adik cekya ada sebut, kad kahwin dia nanti, dia nak letak kedai pilihan pengantin adalah naza motors, kg baru & mofaz, ttdi. hahahaha...adeh ler. nak mintak kereta la pulak!


malam semalam, cekya susah nak tido gara-gara fikir nak bubuh nama kedai apa. kalau you all (yang belum berkahwin saja ye. kak lun, jamri, kadok dan yang lain-lain tu, sila perhatikan saja), nak hadiah dari kedai mana?

fikir, jangan tak fikir!hikhikhikhik....

wassalam!

No comments: