kiranya hidup ini satu layar yang luas
penuh warna warni
penuh dengan tangisan,gelak tawa dan harapan
penuh dengan kisah suka duka pelakon-pelakonnya
kiranya hidup ini satu perjudian
penuh dengan risiko-risiko yang datang bertalu
tanpa diundang
tanpa dipinta
tanpa kita mengetahui akhir cerita
khabar gembira,waima yang menyedihkan juga
segalanya bagai roda
kisah lalu akan berulang dan menjenguk kita pada setiap waktu
kisah lampau bakal melewati hari-hari kita
namun dengan corak dan tujuan yang berbeza
bakal mengimbau saat-saat yang pernah kita lalui
sebagai ingatan
bahawa kita juga pernah berada disitu
merasainya,melaluinya
kiranya pepatah hidup ini bagaikan roda ada benarnya
yang diatas akan ke bawah
dan yang dibawah akan berulang ke atas
membawa kenangan lama untuk dinilai baik buruknya
implikasinya pada kehidupan
kesannya pada hati dan jiwa
betapa kita mahu mengelak
walau kita mahu lari dari kisah sedih
ianya pasti datang semula
tapi kenapa kisah sedih?
kenapa cerita yang membuka luka lama?
mana perginya cerita manis yang dulu?
mana perginya kenangan yang sepatutnya memberi senyum?
adakah kita terlalu bersedih
hingga lupa bahawa roda tadi,ada manisnya
ada bunga-bunga indah yang menghias tiap detik waktu yang lalu
apa cacatnya dengan kenangan yang muluk?
kisah dulu-dulu yang membuai perasaan kita
perasaan dulu-dulu yang sering membuat hati tenang dan indah
sedarlah,bahawa cerita lama itu, ada yang indah
ada yang manis diingati
ada yang mencuit isi hati untuk tersenyum lagi
maka yang indah adalah untuk membuatkan kita gembira
dan yang sedih adalah bagai tongkat
yang bakal memimpin kita
yang akan mengajar kita
agar lebih tabah dan kuat
untuk menginjak kaki melepasi garisan
yang kita sendiri bina atas rasa kecewa
ini bukan saja ingatan untuk semua
tapi juga untuk diri sendiri
yang kadangkala menjadikan sedih
bagai tali yang mengikat hati
dari menjadi manusia yang tabah
dari mengukir kenangan manis yang baru
dari mengingati saat manis yang pernah dilakonkan.
adilkah kita pada hati
adilkah kita pada perasaan
usahlah lagi kita lakarkan airmata
tak perlulah lagi kita coretkan kisah duka dulu
hanya kerana rasa sedih itu..
2 comments:
saya masih lagi belum boleh menulis puisi lagi...alone..
*ini tulis ker copy jer?? hehee
ini nukilan sendiri encik sharil...:)
Post a Comment