
"....perasaan bercampur baur. macam cuaca jugak. it can happen anytime, anywhere. without realising yang perasaan@cuaca itu would affect surroundings kita, especially people around us....."
bahagiakah kita cuma dengan harapan. mampukah kita mengecap bahagia itu? dulu, cekya pernah mengharap dan mungkin, di satu sudut hati ini, masih mengharap. mengharap akan apa yang telah berlaku hanyalah mimpi peneman tidur yang panjang. mengharap agar dikejutkan dari lena supaya cekya dapat mengecapi bahagia yang memang diharapkan. mengharap agar kehilangan 'dia' hanyalah suatu mimpi. mengharap agar keluarga yang dimiliki si 'dia' sekarang adalah cerita rekaan semata.
mana mungkin.
justeru menyusun harapan takkan mungkin ada dalam diri cekya lagi. untuk apa? sedang cekya tahu harapan itu tidak akan, bukan tidak pasti, tetapi tidak akan menjadi kenyataan yang diimpikan. pahit? tentunya. persis nescafe 'o' yang sedap berasap di atas meja cekya ni.
berbeza dengan gusti putri. cinta adalah harapannya. sekadar berjumpa, sudah mampu mendamaikan jiwa. sekadar bertentang mata dan berlawan madah, sudah cukup untuk membuatkan gusti putri bahagia untuk hidup dengan harapannya.
emosi cekya tak sekuat gusti putri. tak betah untuk hanya hidup dengan harapan yang muluk-muluk dan mengabaikan kenyataan yang memualkan di depan mata.
apa motifnya catatan ini? hanya peringatan buat cekya di masa hadapan. bahawa cekya telah menasihati diri untuk tidak menyulam harapan. agar tidak menyimpan angan. kerna jika cekya gagal menggapai harapan, maka bakal jatuh terhempas segala yang diinginkan.
bukankah segala itu pedih. dan dalam waktu ini, cekya tidak mampu berjudi hidup. kerna bukan mudah untuk menyenangkan hati semua, apatah lagi hati sendiri!
nanti cekya tulis lagi. i have loads of paper on my desk. i would say that 70% of 'em are rubbish. hehehe....cekya ni suka menyimpan. kalau duit, dah tentu kaya!hehehe...
daaa!wassalam...
p/s : ada orang tu suruh cekya makan racun rumpai basta 15 semalam untuk baikkan demam. sabo ajelah!!!
rasanya, itu saja celoteh cekya buat hari ni. posting hari ni, ala-ala balas dendam sebab tak dapat nak update blog untuk sekian lama..hehehe..
take care darlings!
wassalam...