Wednesday, August 06, 2008

hujung minggu...

salam...

rasanya, hujung minggu lepas adalah yang ter'sakit'.

khamis :: kepala berat, depan mata, nampak berpusar-pusar. kalau tak berpegang mana-mana, alamat tumbang. susah juga orang mahu mengangkat cekya yang bertubuh comel ini. pukul 6 petang, semasa di pejabat, peluh dingin menitik. cekya bersandar dan cuba lelapkan mata. selepas setengah jam, rasa ok sikit, tapi badan masih rasa tak selesa. tiba di rumah, badan rasa letih semacam. duduk-duduk, baring-baring. terlena.

jumaat :: badan masih tak sehat. apa lagi. doktor + cuti sakit = yippee! doktor buat test. tekanan darah. ujian darah. segala yang berkaitan darah. kecuali dara. ops. he found something. i felt down and devastated. takpe. ini semua ujian, bukan?

sabtu malam, kami buat tahlil bulanan, macam biasa. nasib baik adik ipar kesayangan ada. dia boleh tolong mak cekya. huhu! i was so weak. perut tak selesa. tekak rasa berangin. bakal terkeluar fillet o fish yang cekya makan tengahari tu. cekya cuba kuatkan badan, kuatkan hati. letih nak sakit-sakit.

ahad shopping kain. dalam melayang-layang dan tubuh yang capek, cekya dapat juga pilih sepasang. sebenarnya, dah ada dalam kepala, kain yang cekya nak. tapi mak bagi ayat nih >> ''cuba la tengok-tengok dulu. banyak lagi kain lain nih.". rasanya sebab ini lah perempuan kalau shopping sampai 5 jam.

isnin, kerja macam biasa. lemah dan penat. tapi alhamdulillah, semuanya ok hingga ke petang.
harapnya, lepas ni, semuanya ok. cekya tak larat nak fikir-fikir. tak larat nak saratkan kepala.

ops. ada kerja.

cinta, cekya.

nota kaki : cek man dah pun keluar dari hospital. dah rasa sihat sikit katanya. "cuma x leh lari laju2 lagi la..." itu jawabnya. hehe. siapa suruh lari. :P

No comments: