Thursday, April 29, 2010

Mak Long.

Cekya punya zaman kanak-kanak & remaja yang biasa-biasa saja. Punya parents yang berkerja, cuti sekolah selalunya hanya di rumah. Adik Cekya semuanya lelaki. Boring. :D No girlish stuff please! Ya, kadangkala bercuti ke mana-mana tapi, yang paling Cekya suka, rumah Pak Long di Johor Bahru.

Rumah biasa-biasa yang penghuninya sangat
amazing, Cekya kira. Kalau diizinkan ayah, dari mula cuti, sampai ke hujung, Cekya akan di rumah Pak Long. Mereka hanya bertiga, termasuk Mak Long & anak bungsu mereka. K.Fizah. Kakak & abang-abangnya tinggal sendiri. Jarak umur yang tidak terlalu*she's a few years older*, buat kami rapat. Cekya diheret ke sana ke mari. Malah pernah ke bandar malam-malam naik bas yang senget.*Cekya hampir percaya penyebabnya Cekya sendiri. hahaha!*

Mak Long. Walau Mak Long berkerja, dia akan memastikan segala yang perlu ada buat kami sebelum keluar rumah awal-awal pagi. Seperti ibu-ibu lain.
Breakfast, lunch! Sungguh, Cekya tak ingat sangat apa yang K.Fizah & Cekya buat seharian dan bila sore menjelang, kami menunggu Mak Long di buaian. Dari jauh, terlihat kelibatnya berjalan perlahan dari jalan besar, pulang dari tempat kerja dengan seikat kuih tergenggam kemas di tangan.

Mak Long sedikit garang. Tapi aku tahu, dia sangat memanjakan K.Fizah & Cekya. Ibu yang sangat memahami.


Melihat keadaannya yang terkedang di katil buat Cekya menjerit dalam hati.


Mak Long Cekya yang dulunya berisi & tinggi, kini sangat kecil tubuhnya! *
she weighs less than 40kg!*

Mak Long Cekya yang dulunya lasak ke sana ke mari, kini kaku kiri tubuhnya!


Mak Long Cekya yang hanya mampu merenung tanpa ada tenaga untuk berbual-bual lagi!


Luluh hati bila Mak Long dah tak ada upaya lagi. Sukarnya. Risaunya.*
I feel helpless!*

Andai dapat Cekya pikul kesakitan yang Mak Long rasa.


Doktor kata hanya ada 6 bulan. Mungkin kurang dari itu. Maka bersedialah untuk apa jua. :(


Mak Long, Cekya hanya mahu yang terbaik untukmu. Bila tengok kekuatan sepupu-sepupu Cekya, Cekya tahu, Cekya harus redha.


Cekya mahu Mak Long terus bersama kami.

Tapi tak sanggup tengok Mak Long lelah begitu.

Pulihkan Mak Long, Ya Tuhan!

Sembuhkanlah dia.
Pulangkanlah senyumnya kembali.

;-(

No comments: