Thursday, July 01, 2004

sempurnakah aku?

..aku tidak hairan
jika yang cantik itu pilihmu
kalau yang sempurna itu mahu mu
aku sedia faham
naluri manusia sepertimu..

..namun nilailah
lihatkan keadaan diri
tidak pernah aku mengejimu
bahkan aku rasa kau mungkin hampir pada sempurna
tapi siapalah aku untuk menentukannya..

..perhatilah dengan mata hati
ukurlah dengan bijak fikiranmu
jangan luaran mengabui matamu yang jernih
redha Allah bukan kerna yang molek di luar
tetapi keheningan budi,jiwa dan hati..

cekya
4:02pm
010704

No comments: